Utama Berita Automotif Niat nak uji pandu lepas servis, akhirnya kandas di depoh sita

Niat nak uji pandu lepas servis, akhirnya kandas di depoh sita

6

Tindakan seorang runner bengkel melakukan ujian pemanduan selepas kerja baik pulih sebuah Range Rover tidak kesampaian apabila kenderaan berkenaan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah.

Operasi penguatkuasaan yang dijalankan di KM2 Jalan Langgar–Jalan Pokok Sena pada Rabu lalu itu mendapati SUV tersebut dipandu tanpa perlindungan insurans yang sah dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh. 

“Pemandu yang merupakan runner bengkel memaklumkan bahawa beliau hanya menjalankan arahan majikan untuk melakukan ujian pemanduan selepas kenderaan tersebut selesai menjalani kerja-kerja pembaikan.
 
“Bagaimanapun, alasan tidak mengetahui status dokumen kenderaan tidak mengecualikan dirinya daripada tindakan penguatkuasaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat. 
 
Tambahnya, semakan melalui sistem MySikap mendapati kenderaan tersebut didaftarkan atas nama individu persendirian.
 
Susulan itu, anggota penguat kuasa mengeluarkan Notis Saman P22 serta Notis Sita di bawah Seksyen 64(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Kenderaan berkenaan dibawa ke Depoh Sita JPJ Alor Setar untuk tindakan lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here