Utama Berita Automotif PIRELLI 44 | Ducati Edition, Ducati kini atas air, 3 enjin Mercury...

PIRELLI 44 | Ducati Edition, Ducati kini atas air, 3 enjin Mercury Racing, 26 unit sahaja!

4

Selepas beraksi hebat di jalan raya dan litar lumba, Ducati kini terjun ke atas permukaan air melalui PIRELLI 44 | Ducati Edition.

Model khas ini dibangunkan hasil kerjasama antara Ducati, Pirelli dan SACS Marine, serta diperkenalkan buat kali pertama pada Cannes Yachting Festival 2026.

PIRELLI 44 | Ducati Edition dibangunkan bagi meraikan ulang tahun ke-100 Ducati.

Hanya 26 unit akan dihasilkan sebagai penghormatan kepada tahun 1926, iaitu tahun Ducati ditubuhkan.

Reka bentuk bot ini dibangunkan bersama Centro Stile Ducati dan mengambil inspirasi daripada kemasan Superleggera V4 Centenario.

Corak pada tiub bot turut diinspirasikan daripada dunia Ducati.

Corak tersebut diukir secara manual oleh artisan di Pusat R&D Pirelli dengan rujukan tayar Diablo Supercorsa SP yang digunakan pada Superleggera V4 Centenario.

Reka bentuk identiti Ducati

PIRELLI 44 | Ducati Edition menampilkan beberapa perincian khusus, termasuk:

  • Badan double-step hull sporty rekaan Mannerfelt Design Team.
  • Hardtop gentian karbon.
  • Black steel pack.
  • Papan pemuka dan kerusi pemandu berkemasan Alcantara.
  • Plak peringatan khas untuk model ini.
  • Plat nombor yang boleh disesuaikan.

Pada bahagian enjin pula terdapat kemasan aerodinamik yang diinspirasikan daripada bahagian ekor jentera MotoGP Ducati dan reka bentuk aerodinamik ekstremnya.

Tiga enjin Mercury Racing

Aspek paling menarik ialah konfigurasi rangkaian kuasa bot ini.

PIRELLI 44 | Ducati Edition menggunakan tiga enjin Mercury Racing berkuasa 500 hp setiap satu dan konfigurasi eksklusif yang dikhaskan untuk projek ini.

Gabungan prestasi tersebut membolehkan bot berkenaan menawarkan kelajuan, keupayaan mengharungi laut, serta tahap keselamatan dan keselesaan di atas bot.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here