
Juara World Superbike empat kali, Carl Fogarty, bergabung dengan Pocher untuk melancarkan sesuatu yang istimewa untuk para pengumpul diecast.
Dengan harga jualan £789.99 (RM4,353) anda boleh mendapatkan kit Ducati Panigale V2 Superquadro Final Edition skala 1:4.
Tambah lagi duit £159.99 (RM882), meja anda akan diserikan dengan set kit enjin Ducati Superquadro V2 yang dijual berasingan.
Untuk makluman, Pocher merupakan jenama diecast premium berskala besar yang sangat terkenal dengan barisan model seperti Porsche, Pagani dan juga Ferrari.
Setiap satu unit mengambil masa kira-kira 30 jam untuk disiapkan disebabkan tahap kerumitan pembuatannya.
Hanya 555 unit sahaja yang akan diproduksikan untuk satu dunia.
Lebih istimewa, pembeli yang ke-99 akan dijemput ke acara eksklusif Pocher di The Bike Shed, London untuk bertemu dengan Fogarty secara langsung, dan berpeluang untuk meminta beliau menandatangani model tersebut.
Kit enjin Superquadro V2 pula akan mula dijual Oktober ini, terdiri daripada 122 komponen termasuklah dengan skru.
Menurut Fogarty, “Ducati memainkan peranan besar dalam hidup dan kerjaya saya, jadi saya gembira dapat bekerjasama dengan Pocher untuk pelancaran model baharu ini.
“Perincian pada model Panigale ini memang luar biasa dan memberi peluang kepada peminat untuk betul-betul memahami kejuruteraan di sebalik motosikal ikonik ini.


































