Ducati Malaysia rasmi lancar Panigale & Multistrada V2, harga mula RM112k

16
Ducati Malaysia rasmi memperkenalkan dua buah model serentak ke pasaran tempatan iaitu :

 

  • Ducati Panigale V2 : RM125,000
  • Ducati Multistrada V2 : RM112,000

Kedua-dua jentera menggunakan enjin bersesaran 890cc V2 yang kini patuh regulasi Euro5+.

Blok enjin berkenaan memiliki berat 54.4kg yang mana 9.4kg lebih ringan berbanding Superquadro 955.

Intake Variable Timing (IVT) dengan lapisan aluminium dan pemasaan injap spring dari V4 Granturismo menjadikannya lebih ringan, cekap dan selang servis panjang dengan pemeriksaan injap setiap 45,000km.  

Sistem IVT melaraskan masa intake merentasi lengkungan 52°, memastikan penghantaran tork yang lancar pada putaran enjin rendah, respons tajam pada julat pertengahan, dan prestasi yang mengujakan pada rpm tinggi.

Lebih 70 peratus tork maksimum tersedia dari 3,000rpm, dengan lebih daripada 80 peratus dikekalkan antara 3,500 dan 11,000 rpm.

Prestasinya diperhalusi lagi dengan rockers salutan DLC (seperti pada motosikal lumba Ducati MotoGP Desmosedici), agihan pacuan rantai, dan injap intake berongga untuk penjimatan berat tambahan sebanyak 5 peratus.

Panigale V2 memiliki output 120hp @ 10,750rpm dan tork 93.3Nm @ 8,250 rpm manakala Multistrada V2 pula menghasilkan kuasa 115hp @ 10,750rpm dan tork 92Nm @ 8,250rpm.

INFORMASI RINGKAS PANIGALE V2

Supersport silinder berkembar paling ringan Ducati, Panigale V2 memiliki rekaan Panigale V4 yang diserlahkan menerusi reka bentuk lampu LED tajam, aerodinamik yang ditingkatkan dan penampilan belakang inspirasi jentera MotoGP.

Ergonomik diperhalusi menerusi tangki minyak yang dibentuk semula dan pengurusan  aliran udara yang lebih baik. 

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah casis monokok aluminium, dua swingarm dan suspensi boleh laras sepenuhnya.

Sementara varian V2 S dengan berat 176kg didatangkan dengan suspensi Ohlins dan brek Brembo M50.

Ia juga dilengkapi dengan unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi yang menyokong sistem elektronik termaju seperti ABS selekoh, DTC, DWC, EBC, dan Quick Shift 2.0.

Kesemua ini dikawal melalui empat mod tunggangan dan dipaparkan melalui skrin TFT 5 inci baharu dengan antara muka yang diinspirasikan daripada perlumbaan.

INFORMASI RINGKAS MULTISTRADA V2

Multistrada V2 kini lebih ringan 18kg menjadikan berat kering 199kg. Rekaan baharu memperhalusi siluet ikonik Multistrada menerusi “paruh” yang lebih pendek, aerodinamik bersepadu, dan naik taraf ergonomik.

Bahagian pelana pula direka semuka dengan ketinggian yang boleh dilaraskan memastikan keselesaan untuk setiap saiz penunggang. Ia kemudian dipadankan dengan lampu LED penuh yang agresif dengan nisbah lebih langsing.

Padanan Ducati Quick Shift 2.0 meningkatkan daya tarikan pada kelajuan rendah dan prestasi ketika membawa muatan. Casis monokok aluminium dan suspensi travel panjang mengimbangi ketepatan pengendalian di atas jalan raya dan off road. 

Varian V2 S pula didatangkan dengan suspensi skyhook semi-aktif, pelarasan pra-beban elektronik, dan suit elektronik premium termasuk pelbagai mod tunggangan, info mod yang boleh laras, sambungan telefon pintar, dan bantuan keselamatan canggih seperti ABS selekoh, DTC, DWC, dan lampu brek EVO.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here