
Ford Ranger bukan nama asing di Malaysia, dan kali ini Sime Darby Auto ConneXion-Ford hadir dengan model paling “gempak” menerusi model Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu.
Ia direka untuk yang mahukan kuasa lebih, gaya lebih, dan keselesaan tahap premium dengan harga sekitar RM192,888 (atas jalan tanpa insurans) untuk Semenanjung Malaysia. Perbezaaan kira-kira RM21,000 berbanding varian WildTrak 2.0 Liter Bi-Turbo.
Enjin & Prestasi
Di bawah hud, trak itu dipacu enjin 3.0L V6 Turbo Diesel yang menghasilkan:
•250 PS pada 3,250 rpm
•600 Nm tork pada 1,750 rpm
Tork berkenaan adalah antara yang tertinggi dalam segmennya, menjadikan Ranger WildTrak V6 bukan sahaja laju, tetapi cukup bertenaga untuk menarik muatan, mendaki laluan sukar atau memecut di lebuh raya.
Kuasa ini disalurkan melalui transmisi automatik 10 kelajuan dengan sistem pacuan empat roda sepenuh masa (4WD Full-Time). Penukaran gear lancar, dan respons enjin cukup cepat walaupun dalam keadaan jalan mencabar.
Satu lagi tarikan besar, Ford membekalkan 6 mod pemanduan:
•Normal (Biasa)
•Eco (Mesra Alam)
•Tow/Haul (Tunda/Tarik)
•Slippery (Licin)
•Mud/Ruts (Lumpur/Berlubang)
•Sand (Pasir)
Jadi tak kira bawa barang berat, meredah banjir, masuk trek off-road atau sekadar pusing bandar, semua boleh diuruskan.
Rekaan Luaran Maskulin Dan Premium
Dari luar, memang jelas Ranger WildTrak ini tampil lebih bergaya dan garang yang dilengkapi dengan ciri yang memenuhi cita rasa pemilik trak pika di Malaysia.
Ia dilengkapi dengan beberapa ciri membabitkan:
•Lampu hadapan Matriks LED Prestasi Tinggi dengan lampu siang C-Clamp
•Rim aloi 20 inci dengan tayar 255/55 R20
•Lambang V6 unik pada dapra depan
•Cermin sisi larasan elektronik dengan lampu limpah
Secara keseluruhan, ia bukan sahaja nampak “tough”, tapi juga moden dan segar. Masuk ke dalam, anda akan rasa macam duduk dalam SUV premium.
Ia boleh dikatakan mampu menarik minat pemilik kenderaan lain untuk menukar kepada segmen trak pikap. Apa yang anda boleh didapati dalam kabin itu membabitkan:
•Paparan infotainmen menegak 12 inci SYNC® 4A
•Sokongan Apple CarPlay® dan Android Auto® tanpa wayar
•Skrin kluster digital TFT 8 inci
•Pengecas telefon tanpa wayar
•Beberapa port USB, termasuk USB-C di cermin pandang belakang untuk dashcam
Tempat duduk dan material dalaman direka lebih praktikal, selesa dan moden – sesuai untuk perjalanan jauh.
Teknologi Keselamatan
Selain dengan ciri-ciri premium itu, Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel ini dipenuhi teknologi pemanduan pintar yang menyamai kenderaan segmen lain. Malah, ia mungkin lebih baik.
Pendek kata, ia bukan sahaja lasak, tapi juga antara trak paling selamat dan canggih di pasaran Malaysia. Ini senarai ciri keselamatan yang ada pada kenderaan berkenaan:
•BLIS (Blind Spot Information System)
•Amaran Keluar Lorong + Bantuan Kekal Lorong
•Amaran Perlanggaran Hadapan + Brek Kecemasan
•Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control)
•Pengecaman Isyarat Jalan
•Brek Automatik Dwiarah
•Pembrekan Pasca Pelanggaran
•Bantuan Parkir Pintar Aktif
Warna Pilihan
Ranger WildTrak 3.0L V6 ini ditawarkan dalam 4 warna menarik:
•Arctic White (Putih Artik)
•Absolute Black (Hitam Mutlak)
•Luxe Yellow (Kuning Mewah)
•Meteor Grey (Kelabu Meteor)
Malah Sime Darby Auto ConneXion-Ford juga menawarkan promosi yang lebih menarik. Bagi pelanggan terawal, Ford tawarkan Pakej Servis Lanjutan 2-Tahun, beg penyejuk edisi terhad, dan kerusi perkhemahan eksklusif jika tempahan dibuat dalam talian.