TUDM gantung operasi pesawat F/A 18D Hornet berkuatkuasa hari ini

30

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggantung operasi penerbangan pesawat F/A 18D Hornet buat sementara waktu berkuatkuasa hari ini.

Difahamkan pada masa ini TUDM mempunyai tujuh pesawat F/A 18D Hornet selepas sebuah pesawat musnah dalam kejadian semalam.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, keputusan itu dibuat bagi memudahkan lembaga siasatan melakukan siasatan teliti terhadap insiden pesawat berkenaan.

“Selagi benda ini tidak dapat dikenal pasti adalah tidak wajar kita ‘flight’, sekiranya berpunca enjin tersebut, kita kena siasatan penuh kerana tidak mahu kejadian sama berulang tanpa siasatan menyeluruh dilaksanakan.

“Sekiranya kita boleh kenalpasti lembaga akan bersidang dan kita akan buat ketetapan,”katanya.

Mengulas mengenai bangkai pesawat beliau memberitahu ia masih belum dikeluarkan sehingga siasatan di lokasi selesai dijalankan.

Katanya, bangkai pesawat yang berada di luar landasan tidak menghalang pengoperasian penerbangan dan pihaknya juga telah melakukan plot terhadap serpihan yang ada bagi membantu pasukan penyiasat.

Ditanya mengenai operasi pangkalan udara berkenaan beliau berkata, ia dijangka beroperasi hari ini selepas semua cebisan pesawat dilandasan telah dibersihkan.

Sementara itu mengulas mengenai keupayaan juruterbang beliau memberitahu juruterbang mempunyai pengalaman berdasarkan jumlah penerbangan dan tempoh penerbangan yang dimilikinya.

Tambahnya, juruterbang berkenaan juga memegang kategori tertinggi dalam kesiapsiagaan operasi penerbangan pesawat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here