Utama Berita Automotif MForce bakal lancar 255 XT tahun depan

MForce bakal lancar 255 XT tahun depan

5

Mforce Bike Holdings mengesahkan akan membawa masuk skuter kembara, 255 XT yang hadir dengan konfigurasi enjin dua silinder ke pasaran tempatan.

Skuter berkenaan didatangkan dengan enjin bersesaran 249cc penyejukan cecair berkuasa 20.5 kW @ 8,000 rpm dan tork 23 Nm @ 6,500 rpm. 

Kemudian janakuasa berkenaan dipadankan dengan suntikan bahan api elektronik BOSCH EFI bersama transmisi CVT.

Dari sudut reka bentuk fizikal, 255 XT menawarkan binaan tegap serta kapasiti tangki minyak bersaiz 13 liter yang memadai untuk kegunaan harian mahupun kembara santai.

Berat badan 168kg dipadankan dengan dimensi panjang 2,215mm, lebar (995mm) dan tinggi (1,390mm) serta jarak roda 1,580 mm.

Bagi keselamatan tunggangan, skuter kembara itu dilengkapi dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) yang boleh dinyahaktifkan. 

Manakala, melengkapkan penampilan 255 XT adalah pemasangan tayar hadapan berukuran 120/70-17 dan tayar belakang bersaiz 160/60-15.

Berdasarkan maklumat awal 255 XT akan dilancarkan pada 2027 dengan tanda harga di bawah RM20,000. 

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here