Utama Berita Automotif Sime Darby Auto ConneXion-Ford himpun 24,000 Pemilik Ranger

Sime Darby Auto ConneXion-Ford himpun 24,000 Pemilik Ranger

3

Sime Darby Auto ConneXion-Ford Sdn Bhd (Auto ConneXion-Ford), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, mengukuhkan komitmennya kepada pelanggan dengan menghimpunkan komuniti pemilik Ford Ranger Generasi Baharu sempena sambutan bulan Kemerdekaan.

Dengan rekod lebih 24,000 pemilik Ranger di seluruh negara, pencapaian itu mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap trak pikap berkenaan yang kekal sebagai pilihan utama untuk kegunaan kerja, keluarga dan pengembaraan.

Auto ConneXion-Ford menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mendekati komuniti pemilik, merangkumi program kekeluargaan, acara gaya hidup eksklusif serta pengalaman pemanduan lasak.

Pada awal Ogos, acara sulung Ford Nation berlangsung di Heritage Valley, Kuala Lumpur, menghimpunkan peminat Ford dari seluruh negara yang meraikan pemilikan bersama keluarga melalui jamuan BBQ, hidangan tempatan dan persembahan muzik langsung oleh Muzza & the Velvettones serta Joy Victor.

Aktiviti lain termasuk cabutan bertuah, pertandingan, serta penyampaian anugerah Ranger Berpenampilan Paling Bergaya dan Pemilik Ford Paling Lama.

Bagi peminat pengembaraan off-road, Auto ConneXion-Ford turut menganjurkan Ford Ranger Getaways menerusi konsep Live the Ranger Life. 

Program suku tahunan yang bermula sejak 2022 itu menghimpunkan 20 pemilik Ranger dalam konvoi dari Seremban ke StarFresh Agro Park, Negeri Sembilan.

Peserta dibimbing jurulatih bertauliah melalui kursus pemanduan off-road dan berpeluang menguji ciri bantuan pemandu serta sistem kawalan off-road Ranger.

Seiring peningkatan permintaan, Auto ConneXion-Ford turut memperluas rangkaian model pada Julai 2026 bagi memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup.

Pilihan kini merangkumi Ranger Sport 2.0L dan 3.0L, Ranger Platinum 3.0L, serta Everest Sport 2.0L dan Everest Platinum. Sebagai SUV 7-tempat duduk, Everest menawarkan ruang luas dan ciri praktikal untuk keluarga.

Bagi mempercepatkan proses servis, syarikat melancarkan Gudang Alat Ganti baharu di Kota Kinabalu pada Julai. Fasiliti itu bertujuan mengurangkan masa menunggu alat ganti dan membolehkan pelanggan kembali ke jalan raya dengan lebih cepat.

Disokong 33 wakil penjual Ford di seluruh negara, termasuk 9 pusat jualan dan servis di Malaysia Timur, Auto ConneXion-Ford turut memperluas capaian servis ke komuniti di Kapit dan Mukah, Sarawak.

Sempena pengenalan model baharu, pelanggan yang membeli Ranger XL dan Ranger Sport 2.0L sebelum 31 Ogos 2026 akan menerima Dashcam Depan HD1080p Ford secara percuma.

Bagi Ranger Sport 3.0L dan Ranger Platinum 3.0L, pelanggan layak menerima Pelan Servis Lanjutan dua tahun percuma. Semua model Ranger turut dilindungi jaminan standard lima tahun.

Ketua Pemasaran & Komunikasi Sime Darby Auto ConneXion, Noerel Ismail, berkata pencapaian 24,000 pemilik adalah hasil kepercayaan pelanggan.

“Mercu jaya ini dikongsi bersama pelanggan kami. Berkat sokongan mereka, kami berjaya membina komuniti Ford yang semakin kukuh di Malaysia. Komitmen kami adalah untuk terus menawarkan pengalaman pemilikan yang bermakna, bukan sahaja melalui kenderaan, tetapi juga hubungan dan nilai berkekalan,” katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di http://ford.simemotors.my atau menerusi platform rasmi Ford Malaysia di Facebook, Instagram, X dan YouTube.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here