Voyager oleh Auriga Explorer ini boleh ubah Ford Ranger anda jadi trak camper 6-roda

13

Trak camper ini nampak seperti alternatif kepada G-wagen 6×6 disebabkan oleh kehadiran enam tayar.

Namun, usah tertipu kerana dua tayar yang tergantung itu sebenarnya merupakan tayar ganti saiz penuh untuk trak camper ini.

‘Rumah bergerak’ ini dikenali sebagai Voyager yang dihasilkan oleh syarikat pemula dari Jerman, Auriga Explorer.

Nampak kompak, tapi Voyager sebenarnya boleh dikembangkan menjadi sebuah rumah bergerak yang sebenar, lengkap dengan bumbung yang boleh ditinggikan serta tiga lagi seksyen yang boleh ditarik keluar.

Dalam keadaan tertutup sepenuhnya, Voyager berukuran 5.85 meter panjang, lebar 2.10 meter dan tinggi 2.25 meter.

Namun bila dikembangkan, ia menawarkan ruang lantai sebesar 8 meter persegi dengan ruang dalaman setinggi 2.05 meter apabila bumbung dinaikkan.

Selain ruang tidur yang boleh memuatkan empat orang, terdapat juga kemudahan seperti bilik mandi, sistem bekalan air yang mencukupi, ruang memasak, ruang storan serta ruang simpanan alat kelengkapan.

Untuk kegunaan jangka masa panjang, terdapat pilihan untuk memasang panel solar serta sistem pemanas bawah lantai.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here