Model konsep Yamaha yang bakal meriahkan JMS 2025

14

Tidak sampai beberapa minggu sebelum acara pameran Japan Mobility Show (JMS) 2025 berlangsung.

Untuk peminat Yamaha, mereka bakal disajikan dengan beberapa buah model konsep yang agak unik dan menarik, mungkin sekali pratonton untuk model akan datang.

Antara model konsep yang bakal dipamerkan:

Yamaha Proto BEV

  • motosikal elektrik bateri yang disasarkan sebagai pesaing kepada Honda WN7
  • berkonsepkan seakan superbike lengkap dengan reraup sisi, lampu utama yang garang, serta posisi tunggangan sporti

 

Yamaha MOTOROID:Λ

  • kesinambungan daripada model konsep Motoroid2
  • menurut Yamaha, ini merupakan konsep peranti mobiliti yang akan belajar sendiri menggunakan teknologi AI
  • mungkin boleh berubah bentuk mengikut keadaan dan keperluan semasa

 

Yamaha H2 Buddy Porter Concept

  • skuter kecil berkuasa hidrogen yang dibangunkan bersama Toyota
  • setangki penuh hidrogen boleh gerak sejauh 100 km
  • konsep motosikal p-hailing kegunaan dalam kawasan urban

 

Yamaha Tricera Proto

  • prototaip kenderaan elektrik kesinambungan daripada model konsep tiga roda Tricera dari tahun 2023
  • ciri sistem stereng tiga roda (3WS)
  • mampu jana runut bunyi enjin pembakaran dalaman ke dalam kabin guna kepakaran bunyi Yamaha

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here