
PUBG MOBILE secara rasmi mengumumkan kolaborasi bersama jenama automotif ikonik Amerika, Ford.
Bermula 15 Mei sehingga 7 Julai 2026, pemain berpeluang memandu dua kenderaan terkemuka Ford, iaitu kereta super Ford Mustang GTD dan trak Ford F-150 Raptor R, selain memiliki pelbagai barangan eksklusif dalam permainan diinspirasikan oleh prestasi dan inovasi jenama berkenaan.
Menerusi kolaborasi ini, pemain dapat merasai kehebatan Ford Mustang GTD, jentera berprestasi tinggi dibina berasaskan kecemerlangan kejuruteraan lumba Ford.
Model ini hadir dengan pilihan warna menyerlah seperti
- Spirit of America
- Verdant Legend
Jentera ini menggabungkan reka bentuk unik dengan prestasi responsif.
Pemain juga boleh mengendalikan versi ‘monster truck‘ Ford F-150 Raptor R, trak off-road berprestasi tinggi Ford yang terkenal dengan ketahanan, kelajuan, dan kawalan mantap.
Tersedia dalam warna Ruby Red dan Orange Flame, Raptor R menawarkan pengalaman pemanduan lebih lasak dan serba boleh.
Pemain juga boleh memiliki pelbagai barangan customisation bertema Ford, termasuk peningkatan prestasi seperti front splitter dan spoiler untuk Mustang GTD, serta front bumper dan light bar untuk F-150 Raptor R.
Barangan tambahan lain seperti Ford Parachute dan Ford Ornament turut tersedia, malah pemain yang mengumpul kesemua koleksi bertema Ford akan menerima ganjaran eksklusif Ford Collection Milestone.
Kolaborasi ini membaharu pengalaman autentik dalam PUBG MOBILE dengan membawakan semangat kebebasan dan prestasi Ford, sekali gus memberi lebih banyak cara untuk pemain menonjolkan gaya pemanduan mereka.
Kolaborasi PUBG MOBILE x Ford ini berlangsung dari 15 Mei hingga 7 Julai 2026.
Muat turun dan main secara percuma PUBG MOBILE di App Store dan Google Play Store sekarang.
































