Utama Berita Automotif Brabus Bodo (2026): hyper-GT 1,000 hp serba hitam, hanya 77 unit sahaja

Brabus Bodo (2026): hyper-GT 1,000 hp serba hitam, hanya 77 unit sahaja

1

Brabus memperlihatkan sebuah hyper-GT serba baharu dengan kuasa melebihi 1,000 hp yang dinamakan sebagai Bodo. 

Ia bukanlah satu kata kesat, akan tetapi nama tersebut diambil bersempena nama pengasas Brabus, iaitu Bodo Buschmann. 

Tidak seperti kebanyakan jentera Brabus yang dibina berdasarkan model Mercedes-Benz, Bodo pula menggunakan asas Aston Martin Vanquish. 

Badan jentera hyper-GT ini dibina sepenuhnya daripada gentian karbon hitam di atas struktur aluminium. 

Tatkala bahagian depan nampak agresif, bahagian belakang pula menerima rekaan boat-tail dramatik yang lengkap dengan spoiler aktif. 

Keempat-empat sudut dihiasi dengan rim Monoblock saiz 21 inci. 

Apa yang membuatkan Bodo ini lebih jahat ialah nadi 5.2 liter turbo berkembar bentangan V12 dengan janaan kuasa 1,000 hp dan 1,200 Nm. 

Walaupun dengan berat sekitar 1,910 kg, Bodo boleh memecut sepantas lebih tiga saat dari 0-100 km/j dan mencapai kelajuan maksimum 360 km/j. 

Biarpun dengan angka yang sudah memasuki wilayah hypercar, Bodo masih mengekalkan karakter grand tourer sebenar dengan kehadiran tempat duduk belakang, ruang but dan keselesaan untuk perjalanan jauh. 

Antara kelengkapan yang wujud pada ruang kabin termasuklah kemasan kulit, kemasan karbon pada paparan pemandu, paddle shifter karbon yang dipanjangkan, sambungan Apple CarPlay Ultra serta bumbung panoramik yang luas. 

Produksi Brabus Bodo ini dihadkan kepada 77 unit sahaja sebagai satu penghormatan kepada tahun 1977 penubuhan Brabus. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here