Aeril Zafrel hadiah Brabus 900 Rocket Edition (RM2.8 juta), hanya 25 unit di dunia

3535

Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel, 34, menghadiahkan sebuah SUV mewah Brabus 900 Rocket Edition buat isterinya, Wawa Zainal.

Perkongsian video di TikTok itu mencapai lebih daripada 1 juta tontonan. Jadi, apa yang istimewa tentang SUV super mewah berkenaan?.



Brabus 900 Rocket Edition tersebut merupakan versi berprestasi berasaskan Mercedes-AMG G63.

Ia diperkenalkan pada tahun 2021 yang mana pengeluaran terhad 25 unit. SUV itu ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu (Stealth Gray) dan hitam (Signature Black) pada harga EUR 571,270 (RM2.8 juta). 

Versi Rocket itu menggunakan enjin AMG V8 yang sama namun ditingkatkan kepada 4.5 liter. Tawaran turbo berkembar menghasilkan kuasa 900PS dan tork 1,250 Nm.

Ini membolehkan SUV itu memecut 0-100kmj dalam tempoh 3.7 saat dengan kelajuan maksimum 280kmj.

Sekaligus menjadi SUV lebih berkuasa daripada Ferrari F8 Tributo, McLaren 720S dan Lamborghini Aventador S.

Ia lebih lebar 100mm berbanding G63 standard dan bahagian kaki dipadankan dengan rim tempa buatan khas 24-inci Brabus Monoblock Z Platinum Edition.

Penampilan SUV itu dilengkapi dengan gril karbon dan logo Rocket serta sistem ekzos keluli tahan karat dan kit widebody.

Pelanggan boleh memilih pilihan personalisasi berdasarkan citarasa menerusi material pada tempat duduk, elemen hiasan dan karpet. Kemasan kontra, serta lampu ambien LED untuk lubang udara.

Menurut Harian Metro, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, kenderaan itu awalnya bertujuan sebagai hadiah hari jadi untuk Wawa yang sudah lepas.

“Sebenarnya kereta itu untuk hari jadi dia pada Mac lalu. Tapi sebab kereta itu perlukan masa nak tempah, barulah bulan ini dapat. Jadi, walaupun bukan hari jadinya, saya tetap wujudkan elemen kejutan.

“Sebab sudah lama simpan niat nak kejutkan dia dengan kereta idamannya itu. Wawa pun boleh agak kereta tapi dia tak tahulah kereta apa. Apapun dia terharu sebab usaha nak beri kejutan itu,” katanya.

@aerilzafrel8 sweet tak saya? kalau sweet undi saya ok😅 #tiktokawardsmy @TikTok Awards Malaysia ♬ Surrender – Natalie Taylor

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here