Betulke Honda ZR-V akan masuk Malaysia?

3684

Tiga model Honda meninggalkan pasaran tempatan yang mana terkini adalah Honda Accord.

Bagaimanapun, Motoqar difahamkan tiada model pengganti bagi sedan segmen-D berkenaan.



Namun, di pasaran antarabangsa Honda memiliki sebuah lagi SUV yang dikenali sebagai Honda ZR-V. Adakah model berkenaan bakal masuk pasaran lokal?.

Kemungkinan tidak..ini kerana tiada ruang kosong yang boleh diisi SUV berkenaan mengambilkira tawaran harga tiga SUV sedia ada. 

Misalnya Honda WR-V dipasarkan pada harga RM89,000 hingga RM110,000 manakala Honda HR-V pula sekitar RM115,000 hingga RM141,000. Kemudian diikuti dengan CR-V baharu yang bakal dilancarkan kemudian. 

Berbalik kepada ZR-V, model ini ditawarkan di beberapa negara misalnya Jepun, Amerika Syarikat dan China.

ZR-V ialah nama global untuk HR-V pasaran Amerika yang debut tahun lalu. Menurut Honda, ZR-V adalah singkatan kepada ‘Z Runabout Vehicle’, yang merujuk kepada Generasi Z.

Bagi rangkaian model Honda, SUV itu diposisikan antara HR-V dan CR-V di peringkat antarabangsa. Ia memiliki panjang 4,567mm, lebar (1,839 mm) dan tinggi  (1,621 mm) serta jarak roda 2,654 mm.

Berdasarkan dimensi itu, pesaing terdekat ZR-V ialah Toyota Corolla Cross. Ia didatangkan dengan dua pilihan janakuasa. 

Pertama enjin 1.5 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 176hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @1,700 – 4,500rpm bersama transmisi CVT.

Kedua adalah trenkuasa e:HEV hibrid menerusi enjin 2.0 liter Atkinson berkuasa 139hp @ 6,000 rpm dan tork 182Nm @ 4,500 rpm. Sementara, motor elektriknya menghasilkan kuasa 181hp dan tork 315Nm bersama transmisi e-CVT.

ZR-V dikategorikan sebagai crossover segmen C dan berkongsi asasnya dengan Civic generasi ke-11. Anggaran harga SUV itu di Jepun bermula daripada RM94,047 hingga RM131,369. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here