Utama Berita Automotif Valvoline lancar rangkaian minyak enjin motosikal baharu

Valvoline lancar rangkaian minyak enjin motosikal baharu

5

Valvoline Global Operations memperkukuh kehadirannya di pasaran tempatan dengan pelancaran rangkaian minyak enjin motosikal baharu yang direka khusus untuk motosikal dan skuter empat lejang, sama ada untuk kegunaan harian atau perjalanan jarak jauh.

Rangkaian yang diperkenalkan di bawah jenama Valvoline Champ itu menawarkan tiga pilihan formulasi iaitu:

  • sintetik penuh
  • campuran sintetik
  • konvensional – dengan pelbagai gred kelikatan bagi memenuhi keperluan enjin dan gaya tunggangan berbeza

Bagi segmen prestasi tinggi, Valvoline mempertaruhkan Champ 4T Ultra Racing 10W-50 yang menggunakan formulasi sintetik penuh, sesuai untuk motosikal berkuasa besar dan tunggangan jarak jauh.

Manakala untuk kegunaan bandar yang sering berdepan trafik sesak dan keadaan henti-mula, syarikat menawarkan Champ 4T Extra 15W-50.

Rangkaian lengkap itu turut merangkumi:

  • Champ 4T Ultra Racing 10W-40
  • Champ 4T Extra dalam gred 10W-40 dan 15W-50
  • Champ 4T Premium dalam gred 20W-40 dan 20W-50

Bagi kategori skuter, Valvoline memperkenalkan:

  • Champ 4T Ultra Scooter 5W-40 sintetik penuh
  • Champ 4T Extra Scooter
  • Champ 4T Premium Scooter dalam gred terpilih 10W-30 dan 10W-40

Semua produk berkenaan memenuhi klasifikasi prestasi American Petroleum Institute dan piawaian Japanese Automotive Standards Organisation, termasuk MA2 untuk motosikal dan MB untuk skuter.

Pengurus Kluster Valvoline bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Leong Tak Chuan berkata, rangkaian itu dibangunkan dengan mengambil kira cabaran tunggangan di Malaysia, khususnya suhu tropika yang tinggi dan kesesakan lalu lintas.

“Formulasi ini direka untuk memberikan perlindungan optimum, prestasi konsisten dan ketahanan enjin dalam apa jua keadaan,” katanya.

Di Malaysia, rangkaian tersebut diedarkan secara eksklusif oleh Vanli Group dan boleh didapati di bengkel sah, peruncit serta pusat servis di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran, Vanli Group turut mengumumkan penajaan 1,000 botol minyak enjin kepada rakan pemandu Lalamove sebagai menghargai golongan penunggang yang menjadi nadi ekonomi gig.

Untuk rekod, Valvoline Global yang kini sebahagian daripada Saudi Aramco, beroperasi di lebih 140 negara dengan rangkaian pengedaran melebihi 80,000 lokasi di seluruh dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here