Utama Berita Automotif Saudi Aramco potong bekalan minyak lagi bulan April bagi pasaran Asian

Saudi Aramco potong bekalan minyak lagi bulan April bagi pasaran Asian

22

Sumber menyatakan pengeksport minyak utama dunia, Saudi Aramco telah mengurangkan bekalan mentah kepada pembeli Asia bagi bulan kedua berturut-turut pada April selepas perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran. 

Jelas sumber, syarikat pengeluar itu hanya membekalkan minyak mentah Arab Light yang dieksport dari pelabuhan Laut Merah di Yanbu kepada pelanggan kontrak pada April, sekali gus mengekalkan bekalan yang ketat kepada penapis minyak Asia dan mengehadkan pengeluaran produk petroleum bertapis mereka.

“Saudi Aramco terus memastikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai dengan memanfaatkan laluan eksport alternatif melalui Yanbu sebagai tindak balas kepada keadaan serantau. 

“Kami kekal komited untuk memenuhi jangkaan pelanggan kami, dengan jadual pemuatan yang diselaraskan untuk mencerminkan realiti baharu dan pelanggan sentiasa dimaklumkan,” kata Saudi Aramco. 

Arab Saudi telah mengeksport 4.355 juta tong minyak mentah sehari setakat Mac ini, menurut data daripada firma analitik Kpler angka itu turun mendadak daripada 7.108 juta tong sehari pada Februari.

Syarikat pengeluar itu sedang cuba meningkatkan eksport minyak mentah melalui Yanbu bagi mengimbangi gangguan di Selat Hormuz. 

Penapis minyak utama China, Sinopec dijangka memuatkan kira-kira 24 juta tong minyak mentah Saudi dari Yanbu pada Mac.

Pemuatan minyak di pelabuhan Yanbu sempat terganggu seketika pada Khamis selepas sebuah dron terhempas di penapis minyak SAMREF milik Saudi Aramco.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here