Honda CR-V Hybrid Racer 800hp didedahkan 28 Feb ini

391

Honda sedang dalam proses menyiapkan pembinaan akhir CR-V Hybrid Racer dengan 800hp dan bakal didedahkan identiti sebenarnya pada hujung bulan ini.

Hasil rekaan dan binaan kereta itu dikatakan dibangunkan oleh beberapa jurutera Honda di  Pusat Development and Auto Development serta North Americal Auto Design Division.

Menerusi imej-imej di dalam Youtube berdurasi 32 saat itu, menunjukkan Honda CR-V Hybrid Racer adalah sebuah kereta SUV yang ganas, dipenuhi dengan gentian karbon dari bahagian hadapan hingga sebahagian pintu hadapan pemandu.



Kereta ini tidak mempunyai pintu belakang dan hanya menampakkan bahagian enjin dan kasis yang mungkin mengggunakan enjin V6 hybrid daripada NSX.

Bagaimanapun, rel bumbung direka dengan spoiler gentian karbon yang lebar dan besar membuatkan ia nampak biasa sahaja bagi rekaan kereta SUV.

Tetapi, imej-imej lain yang ditunjukkan seperti lubang angin sehingga kepada stereng F1, menunjukkan ia bukanlah kereta CR-V biasa. 

Yang pasti penggemar kereta Honda khususnya tidak sabar menunggu kemunculannya 28 Februari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here