Theophilus Chin kongsi lakaran Axia RS, tampak lebih sporty dan garang

1180

Pakar manipulasi foto tersohor, Theophilus Chin memberi lakaran awal Axia RS yang seakan-akan kembarnya, Toyota Ayga 2023 yang baru dilancarkan di indonesia, baru-baru ini.

Perkongsiannya, di Youtube itu menunjukkan penampilan Axia RS yang lebih sporty, bagaimanapun lebih nampak garang berbanding Agya versi GR-Sport.

Lakaran asas Axia RS kelihatan masih sama dengan model Av terdahulu. Cuma, Theottle hanya memberikan wajah baru pada elemen gril hadapan kepada corak sarang lebah, jalur LED pada lampu hadapan dan disertakan dengan pelekat RS berwarna merah.



Agar nampak garang, Theottle memberikan bampar kemasan disffuser yang berwarna hitam dengan dua tip ekzos, mengantikan spoiler bumbung asal kelihatan lebih besar dan bumbung dicat dengan warna hitam hingga ke spoiler belakang.

Manakala, penampilan sisi Axia RS ini juga menampakkan skirt dwitona lebih rendah, rim alio yang lebih besar gabungan hitam dengan jalur merah sesuai dengan kenderaan versi RS. 

Nampak menarik. Adakah lakaran ini akan direalisasikan oleh Perodua pada masa akan datang?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here