Nak beli Perodua Axia (2023)?, ini kos penyelanggaraan perlu anda keluarkan..

12322

Minggu lalu, Perodua Axia serba baharu dilancarkan pada harga bermula dari RM38,600. Walaupun harga sedikit meningkat namun tempahan yang diterima cukup menggalakkan. 

Apabila membeli kereta baharu, selain bayaran bulanan anda juga perlu memperuntukkan belanjawan bagi bahagian penyelenggaraan.

Servis pertama Perodua Axia adalah pada 10,000km. Berapakah kos servis yang perlu dikeluarkan oleh pemilik?, di bawah ini senarai kos penyelenggaraan Axia yang kami peroleh menerusi laman web rasmi Perodua.



  1. Servis 10,000km (RM156.20)

Pada tahun pertama, apabila perbatuan mencapai 10,000km pemilik perlu memperuntukkan sebanyak RM156. 20. Caj yang sama juga perlu dikeluarkan oleh pemilik Perodua Bezza 1000cc. 

Bagi 10,000km, penyelenggaraan komponen melibatkan:

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 3.5 liter: RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Tiada caj buruh dikenakan
  1. Servis 20,000km (RM297.67)

Sebagai persediaan, sebelum perbatuan mencapai 20,000km, anda perlu menyediakan wang sebanyak RM297.67  yang melibatkan servis:

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 3.5 liter: RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Palam pencucuh (3 unit) : RM45.30
  • Penapis kabin: RM24.20
  • Caj buruh: RM67.90
  • Caj SST: RM4.07

Kos penyelenggaraan yang sama perlu dikeluarkan apabila mencapai perbatuan 60,000km.

  1. Servis 30,000km (RM208.14)

Pada perbatuan ini, kos servis Axia adalah lebih rendah berbanding servis kedua yang melibatkan pertukaran komponen: 

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 3.5 liter:RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Caj buruh: RM49.00
  • Caj SST: RM2.94

Kos yang sama juga perlu anda keluarkan bagi selang servis 50,000km, 70,000km dan 90,000km.

  1. Servis 40,000km (RM395.84)

Penyelanggaraan major Axia akan dilakukan pada 40,000km yang melibatkan kos sebanyak RM395.84. Jumlah ini adalah lebih murah jika dibandingkan dengan Axia terdahulu.

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 3.5 liter:RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Penapis udara: RM57.00
  • Palam pencucuh (3 unit): RM45.30
  • Minyak brek: RM33.00
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Penapis kabin: RM24.20
  • Caj buruh: RM75.60
  • Caj SST: RM4.54

Kos sama yang perlu dikeluarkan pada selang servis 80,000km.

5. Servis 100,000km (RM404.17)

Manakala, apabila perbatuan mencecah 100,000km atau selepas lima tahun pemilikan, pemilik perlu mengeluarkan wang sebanyak  RM404.17 yang melibatkan servis:

  • Minyak enjin sintetik penuh 0W-20 3.5 liter:RM140.50
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Palam pencucuh (3 unit): RM45.30
  • Minyak CVT 1.0L: RM97.50
  • Drain plug gasket (minyak enjin):RM3.80
  • Drain plug gasket – CVT: RM3.80
  • Penapis kabin:RM24.20
  • Caj Buruh: RM72.80
  • Caj SST: RM4.37

Bagaimanapun, kos penyelengaraan ini tidak termasuk kos-kos lain seperti servis pendingin hawa, penjajaran tayar dan sebagainya. 

Berapakah kos servis yang perlu dikeluarkan sepanjang 5-tahun pemilikan?. Pemilik Axia perlu membelanjakan wang sebanyak RM2,779.95 yang mana lebih murah berbanding penyelenggaraan Axia  terdahulu iaitu RM2861.31.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here