Servis 5-tahun Perodua Alza vs Toyota Veloz, mana lebih jimat?

19756

Perodua Alza dan Toyota Veloz hadir dengan platform yang sama, berkongsi trenkuasa dan kedua-duanya dipasang di kemudahan Perodua Rawang.

Bagaimanapun, MPV Toyota itu lebih mahal sekitar RM20,000 berbanding varian tertinggi Alza.



Selain bayaran bulanan, pemilik juga perlu memperuntukkan wang servis dalam bajet kereta baru. Jadi berapakah kos servis yang diperlukan oleh pemilik Alza dan Veloz sepanjang lima tahun pemilikan.

Kedua-dua model didatangkan dengan servis penyelenggaraan berjadual setiap 10,000km. Namun, UMW Toyota menawarkan dua pakej selang servis 10,000km iaitu Basic dan Advance.

Untuk anda yang masih mencari MPV keluarga, ini kami senaraikan kos penyelanggaraan kedua-dua model berkenaan.

PERODUAL ALZA 

Pemilik Alza tidak perlu melakukan servis perbatuan 1,000km dan 5,000km pertama. Servis pertama MPV itu adalah 10,000km dengan kos RM176.80

Di bawah ini kos penyelenggaraan Alza yang kami peroleh menerusi laman web rasmi Perodua dan melibatkan penggantian:

  1. Servis 10,000km (RM160.50)

  • Minyak enjin sintetik 0W-20 3.5 liter: RM161.10
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Tiada caj buruh dikenakan

2. Servis 20,000km (RM259.30)

Sebagai persediaan sebelum perbatuan mencapai 20,000km, anda perlu menyediakan wang sebanyak RM288.21 bagi servis kedua yang melibatkan pertukaran:

  • Minyak enjin 0W-20 3.5 liter: RM161.10
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Penapis kabin: RM33.50
  • Caj buruh: RM73.50
  • Caj SST: RM4.41

Apabila kenderaan mencapai perbatuan 60,000km, kos yang sama perlu dikeluarkan bagi penyelenggaraan.

3. Servis 30,000km (RM227.26)

Pada kilometer ini, kos servis Alza sedikit lebih murah berbanding 20,000km yang mana pemilik perlu membayar sebanyak RM227.26.

  • Minyak enjin 0W-20 3.5 liter:RM161.10
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Caj buruh: RM47.60
  • Caj SST: RM2.86

Pemilik juga perlu membayar harga sama bagi servis kilometer seterusnya iaitu 50,000km, 70,000km dan 90,000km. 

4. Servis 40,000km (RM394.30)
 

Sebelum mencapai servis 50,000km, Alza perlu dihantar bagi menjalani penyelenggaraan major pada 40,000km yang melibatkan kos tambahan RM167.04. 

  • Minyak enjin 0W-20 3.5 liter:RM161.10
  • Penapis minyak hitam: RM11.90
  • Penapis udara: RM53.80
  • Minyak brek: RM33.00
  • Drain plug gasket: RM3.80
  • Penapis kabin: RM33.50
  • Caj buruh: RM91.70
  • Caj SST: RM5.50

Kos ini adalah sama apabila kenderaan mencapai perbatuan 80,000km.

5. Servis 100,000km (RM624.01)

Apabila mencapai 100,000km atau lima tahun pemilikan kos servis akan bertambah kerana pemilik perlu menukar set palam pencucuh (4 unit) yang berharga RM220.40 dan minyak transmisi CVT (RM 97.50) menjadikan kos keseluruhan RM 624.01.

Dalam tempoh lima-tahun pemilikan Alza, pemilik menghabiskan sekitar RM3,074.87 untuk penyelenggaraan yang mana lebih jimat sekitar RM25 berbanding Ativa. 

_______________________________________________________________________

TOYOTA VELOZ

Bagaimana pula dengan kos pemilikan Veloz. Bagi pemilik MPV Toyota berkenaan, penyelenggaraan pertama melibatkan perbatuan 1,000km berbanding Alza pada 10,000km.

Pada servis pertama ini pemilik perlu mengeluarkan wang sejumlah RM139.71 yang melibatkan penyelenggaraan:

  • Minyak premium mineral motor 4 liter: RM97.50
  • Cecair pencuci cermin depan: RM2.70
  • Penapis minyak: RM24.60
  • Drain plug gasket: RM2.80
  • Disinfection (Noviruclean 3471): RM12.11
  • Tiada caj buruh dikenakan

UMW Toyota Motor turut menawarkan pakej pilihan minyak enjin iaitu sintetik dengan kos penyelenggaraan RM164 dan sintetik penuh (RM194). 

DUA PILIHAN PAKEJ SERVIS

SELANG SERVIS SETIAP 10,000KM (ADVANCE)

Pelanggan yang memilih selang servis setiap 10,000km perlu membayar penyelenggaraan sebanyak RM214 melibatkan: 

  • Minyak premium mineral motor 4 liter: RM97.50
  • Cecair pencuci cermin depan: RM2.70
  • Penapis minyak: RM24.60
  • Drain plug gasket: RM2.80
  • Disinfection (Noviruclean 3471): RM12.11
  • Caj buruh: RM78
  • Caj SST: RM4.68

Pemilik juga perlu membayar harga sama bagi servis kilometer seterusnya iaitu 20,000km, 30,000km, 50,000km, 60,000km, 70,000km, 90,000km, 100,000km dan 110,000km.

Cuma apabila mencapai 100,000km atau lima tahun pemilikan, kos servis akan bertambah kerana pemilik perlu menukar set palam pencucuh iridium (4 unit) yang berharga RM270 dan minyak transmisi CVT (RM 280) menjadikan kos keseluruhan RM764.

Berbanding Perodua Alza, Veloz menawarkan pakej servis penyelenggaraan sehingga 10 tahun atau 200,000km perbatuan.

MAJOR SERVIS 40,000KM

Manakala major servis melibatkan perbatuan 40,000km; 80,000km; 120,000km; 160,000km dan 200,000km di bawah pakej Advance Plus.

Bagi setiap major servis berkenaan pelanggan perlu membelanjakan RM414 yang melibatkan penyelenggaraan:

  • Minyak premium mineral motor 4 liter: RM97.50
  • Minyak brek: RM15.50
  • Cecair pencuci cermin depan: RM2.70
  • Penapis minyak: RM24.60
  • Drain plug gasket: RM2.80
  • Disinfection (Noviruclean 3471): RM12.11
  • Penapis pencuci udara: RM144
  • Caj buruh: RM104
  • Caj SST: RM6.24

*Sekiranya anda memilih pakej minyak sintetik perlu membayar RM444 dan sintetik penuh (RM474).

*Selain itu, gantian pertama Super Long Life Coolant (SLLC) ialah pada 160,000km dan penggantian seterusnya pada setiap 80,000km. Kos menggantikan SLCC adalah RM153.40. Bagi penyelenggaraan 160,000km pemilik perlu membayar sejumlah RM567.40.

Sebagai perbandingan, servis major Perodua Alza sedikit lebih murah berbanding Veloz dengan perbezaan RM19.70.

Berdasarkan pengiraan, kos penyelenggaraan selama lima tahun Veloz adalah RM3,090 dan RM4,149.40 sepanjang tempoh 10 tahun.

Tetapi jika memilih minyak enjin sintetik dan sintetik penuh, total servis bertambah sekitar RM200 sehingga RM600.

Sebagai perbandingan, Perodua Alza menggunakan minyak enjin sintetik penuh dengan kos penyelenggaraan RM3,074 selama lima tahun. Jika anda memilih pakej minyak sintetik penuh bagi Toyota Veloz perlu membayar sekitar RM3,690. 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here