Ini 9 fakta Toyota Veloz untuk pasaran Malaysia, harga anggaran RM95K

4048

UMW Toyota Motor membuka tempahan bagi model baharunya menerusi Toyota Veloz serba baharu.

Model yang bakal menggantikan Toyota Avanza sebelum ini itu sebenarnya sudah memasuki pasaran Indonesia pada November tahun lalu.

Bagi pasaran Malaysia, UMW Toyota Motor akan menawarkan varian Toyota Veloz 1.5 liter yang mempunyai spesifikasi tertinggi dan ciri lanjutan untuk pengalaman pemanduan terbaik.



Ini fakta yang anda perlu tahu tentang Toyota Veloz untuk pasaran Malaysia:

1.Toyota Veloz mempersembahkan reka bentuk dinamik yang memancarkan watak crossover premium yang kuat dan progresif, sesuai untuk generasi hari ini dan esok. 

2. Penumpangnya boleh menikmati kualiti dalaman kelas premium inovasi Toyota terkini kerana ruang dalamannya yang sangat luas adalah sebesar MPV segmen C, dan mempunyai susunan tempat duduk yang fleksibel untuk pelbagai tujuan, memberikan keselesaan maksimum untuk semua penumpang.

3. Prestasi pemanduan Toyota Veloz serba baharu adalah lebih baik berbanding Avanza sebelumnya dengan platform dan suspensi pacuan roda hadapan (FWD) baharunya.

4. Pemandu boleh menikmati pengalaman pemanduan yang lancar dengan dikuasakan enjin 1.5L (2NR-VE) dengan kotak gear CVT 7-kelajuan, selain kecekapan bahan api yang sangat baik.

5. Toyota Veloz dilengkapi Toyota Safety Sense dan teknologi termaju dalam segmennya. Ini memberikan pemandunya ketenangan fikiran apabila mengembara bersama orang tersayang di jalan raya.

6. Dilengkapi dengan Brek Parking Elektrik (EPB) yang menyumbang kepada pengalaman pemanduan yang mudah dalam situasi harian.

7 .Sebagai ciri tambahan, crossover 7 tempat itu dilengkapi dengan pad pengecas “Qi”, standard global untuk kuasa dan pengecasan wayarles. 

8. Toyota Veloz serba baharu akan disediakan dalam lima warna: 

  • Perak Metallic dengan Bumbung Hitam
  • Biru Metalik dengan Bumbung Hitam
  • Putih
  • Hitam Kebiruan Metalik
  • Merah Metalik

9. Toyota Veloz 1.5 A/T boleh ditempah mulai hari ini di semua bilik pameran Toyota yang sah di seluruh negara, dengan anggaran harga RM95,000 tanpa insurans.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here