Gara-gara pasang plat scuff LED GearUp, pemilik Alza kongsi BSM rosak

28982

Seorang pemilik Perodua Alza (2022) berkongsi risiko yang bakal dihadapi selepas pemasangan aksesori GearUp.

Mohd Nizam berasa menyesal melakukan pemasangan kit badan yang ditawarkan Perodua berkenaan sehinggakan dia terpaksa berulang-alik ke pusat servis Perodua di Johor bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.



Perkongsian dalam grup Facebook Alza 2022 itu menjelaskan kejadian dipercayai berpunca daripada pemasangan plat scuff LED pada September lalu di salah sebuah pusat servis Perodua.

“Installation Led scuff plate kali ke-2 di SC. Kali yang pertama lampunya tak nyala, buka pandai, pasang tak pandai segala getah dan cover regang, siap bukak meter lagi pelik…patutla beria suruh balik tak payah tunggu kereta, rupanya habis nak ditogelkan,” tulisnya.

Pada hantaran berkenaan, Nizam turut mempersoalkan tindakan mekanik yang membuka bahagian meter ketika pemasangan plat scuff tersebut.

Kerja akhir yang dilakukan juga tidak kemas yang mana pada kali pertama bahagian penutup tidak rapat dan masih ada kesan cap jari. 

“Menjadi tanda tanya kenapa siap bukak meter…bila kita tanya dia buat tak tahu tu lagi rasa nyirap.

“Kita nk saport barang die…kite beli pakai duit, kita dah bayar macam ni layanan diaorang, ambil full Gearup RM3,350 juga,” tulisnya di ruangan komen. 

Lebih menyedihkan, timbul pula masalah lain apabila ciri keselamatan pemantauan titik buta (BSM) tidak berfungsi dan pilihan sistem berkenaan pada meter hilang.

Jelasnya pihak servis masih tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan walaupun sudah melakukan format semula. 

“Reformat dah banyak kali tapi sama juga…siap tukar-tukar barang kat test drive car.

“Nak tak nak kena pasrah. Sayapun tak jangka, pasang scuff plat Gearup habis semua kena baraikan…kalau tahu macam ni memang tak pasang barang-barang GearUp tu,” katanya yang baru dua bulan menggunakan MPV tersebut. 

Berdasarkan kemaskini terbaharu, Nizam memaklumkan di dalam grup dia perlu menghantar kenderaannya bagi pemasangan plat scuff baharu.

“Berkenaan isu Blind Spot Monitor tak function, hari ni SC bagi tahu scuff plate yang bermasalah..minta hantar ke SC untuk tukar scaff plate yang lain. Maka akan di barai kali ke-4.

“Minta SC refund duit semula scuff plate yang bermasalah kerana menyusahkan pembeli risau akan datang rosak lagi..tunggu jawapan SC, HQ, salesman dan jualan reply,” jelasnya. 

Dia turut mengingatkan kepada pembeli Alza yang ingin menaiktaraf kit badan GearUp agar lebih berhati-hati.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here