Utama Berita Automotif Pemeriksaan kenderaan mencurigakan, bongkar kehadiran pati

Pemeriksaan kenderaan mencurigakan, bongkar kehadiran pati

29

Polis menahan sembilan warga Bangladesh selepas gagal mengemukakan pasport dan dokumen perjalanan yang sah di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, pada Isnin. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata kesemua lelaki terbabit ditahan selepas Perodua Alza berwarna putih yang dinaiki mereka didapati dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bertam kira-kira 11.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua individu berusia antara 20 hingga 30 tahun itu gagal mengemukakan pasport atau dokumen perjalanan sah bagi membuktikan kebenaran mereka memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 55E, Seksyen 6(1) (C) dan Seksyen 15(1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti status imigresen kesemua individu berkenaan dan menyiasat penglibatan pihak lain yang terlibat dalam kegiatan terbabit,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here