Utama Berita Automotif SWM Versante 550 lahir daripada satu jenama Itali yang cukup gah era...

SWM Versante 550 lahir daripada satu jenama Itali yang cukup gah era 70-an

5

Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar jenama SWM atau Speedy Working Motors. 

Jenama ini asalnya daripada Itali dan wujud sejak tahun 1971 lagi. 

Nama SWM sangat gah ketika era kegemilangan perlumbaan off-road di Eropah sebelum ia beransur-ansur lenyap dan produksi ditamatkan pada tahun 1984. 

Tiga dekad kemudian, ia dihidupkan semula semula dengan suntikan dana dari syarikat China Shineray. 

Jenama itu kini memperkenalkan sebuah motosikal adventure touring serba baharu yang dinamakan sebagai Versante 550, sesuai untuk pemegang lesen A2 di Eropah. 

Ia dipacu enjin parallel-twin 494 cc sejukan cecair dengan output 48 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm pada 7,000 rpm. 

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan dan sistem pacuan akhir jenis rantai. 

Dalam bahasa Itali, “versante” bermaksud cerun atau sisi gunung, sangat sesuai untuk sebuah motosikal yang direka untuk menawan laluan berbukit.

Kerangka trellis keluli itu dipadankan dengan tetapan fork KYB jenis terbalik boleh laras dan suspensi KYB belakang boleh laras. 

Brek pula menggunakan komponen J.Juan dengan cakera berkembar di depan dan sistem ABS yang boleh dimatikan. 

Jentera ini menggunakan rim jejari tanpa tiub berukuran 19 inci depan dan 17 inci belakang. 

Selain itu, ia mempunyai tangki bahan api 19 liter, pelana setinggi 810 mm, skrin TFT dengan sambungan telefon dan navigasi, port USB, hand guard serta crash bar. 

Antara ciri bantuan elektronik yang ada termasuklah kawalan cengkaman, sistem amaran pelanggaran, serta sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS). 

Di Eropah, SWM Versante 550 dijual pada harga €5,490 (RM25,662), menjadikannya pesaing terdekat dengan Honda NX500, Benelli TRK 502 dan Norton Atlas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here