
PT Astra Honda Motor secara rasmi melancarkan jentera adventure touring Honda NX500 yang dilengkapi dengan teknologi E-Clutch untuk pasaran Indonesia.
Inovasi terbaharu daripada Honda ini memberikan lebih kebebasan kepada penunggang sama ada untuk memfokuskan kepada keselesaan perjalanan atau menikmati pengalaman tunggangan tradisional.
Jentera ini dilengkapi dengan ciri seperti lampu depan LED, padanan rim 19 inci depan/17 inci belakang, angkup brek Nissin, cakera brek berkembar 296 mm di depan/cakera tunggal 240 mm belakang, serta ABS dua-saluran.
Tetapan suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik SFF-BP Showa 41 mm jenis terbalik yang dibantu dengan penyerap hentak tunggal Showa di belakang.
Segala informasi penting boleh dibaca menerusi skrin paparan TFT 5-inci berwarna penuh yang turut hadir dengan sokongan Honda RoadSync.
Honda NX500 dikuasakan enjin parallel-twin 471 cc sejukan cecair yang mampu menjana kuasa 49.8 hp pada 8,500 rpm dan tork puncak 44.7 Nm pada 6,500 rpm.
Aspek tunggangan dibantu dengan ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC), serta Emergency Stop Signal (ESS).
Tangki bahan api adalah sebesar 17.7 liter sementara tinggi pelana pula 834 mm.
Di pasaran Indonesia, terdapat tiga pilihan warna iaitu Pearl Horizon White, Graphite Black dan Mat Gunpowder Black Metallic.
Harga jualan bermula dari Rp 230,000,000 (RM51,987).






