
Selepas menyapu bersih tiga pengiktirafan utama pada anugerah Malaysian Motorcycle of the Year 2026, Boon Siew Honda tidak menunggu lama untuk memberikan kejutan buat peminat dua roda.
Bagi model tahun 2027, jentera popular Honda CBR650R E-Clutch dan CB650R E-Clutch bakal hadir dengan pilihan warna baharu yang lebih segar dan agresif.

Langkah ini memberi peluang kepada penunggang mengekspresikan personaliti mereka, tanpa mengetepikan pakej prestasi mantap sedia ada.
Bukan sekadar rupa, kedua-dua jentera ini sememangnya diiktiraf antara yang terbaik dalam segmennya:
- Honda CBR650R E-Clutch: Dinobatkan sebagai Sportsbike of the Year (Bawah 1,000cc)
- Honda CB650R E-Clutch: Memenangi kategori Naked Bike of the Year (Bawah 800cc)
- Teknologi Honda E-Clutch: Menerima anugerah berprestij Motorcycle Technology of the Year.
“Kedua-dua model ini membuktikan kemampuan sebenar mereka di jalan raya menerusi pelbagai anugerah.
“Pengenalan warna baharu ini akan memberi lebih kebebasan kepada penunggang untuk menonjolkan personaliti unik mereka,” kata Kunitomo Asano, Pengarah Urusan dan CEO Boon Siew Honda.






Sama ada anda peminat kelajuan full-fairing atau gaya santai Neo Sports Café, ini pilihan warna terbaharu untuk anda:
Honda CBR650R E-Clutch
- Matte Gun Powder Black Metallic (Warna Baharu): Padanan hitam matik bersama aksen kuning yang memberikan imej ultra-moden dan ‘jahat’
- Grand Prix Red: Kekal ditawarkan buat peminat tegar warna ikonik perlumbaan Honda.
Honda CB650R E-Clutch
- Hadir dengan dua warna baharu untuk melengkapi varian sedia ada (Matte Gun Powder Black Metallic)
- Matte Jeans Blue Metallic: Tampil kasual, eksklusif, dan sofistikated
- Candy Energy Orange: Sesuai untuk penunggang yang berani dan mahu menjadi pusat perhatian di jalan raya
Walaupun kosmetik luarannya berubah, nadi utamanya tetap mengekalkan teknologi Honda E-Clutch — sistem kawalan klac automatik pertama di dunia untuk motosikal produksi massa.






Mengapa teknologi ini begitu digilai?
- Tunggang Tanpa Lenguh: Penunggang boleh mula bergerak, berhenti, dan menukar gear tanpa perlu menarik tuil klac. Sangat menyelamatkan jari-jemari anda ketika menghadap kesesakan trafik bandar
- Jiwa Manual Kekal Ada: Mahukan kawalan penuh? Anda masih boleh menggunakan tuil klac manual pada bila-bila masa sahaja. Ia menggabungkan magis transmisi automatik dengan keseronokan jentera manual konvensional
Pilihan warna terbaharu ini akan mula tersedia di semua pengedar sah Honda BigWing seluruh negara bermula 6 Julai 2026.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian turut didatangkan dengan ketenangan minda menerusi jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000 km (mana-mana tiba dahulu).
Kunjungi bilik pameran berhampiran minggu depan untuk melihatnya sendiri di depan mata anda.
































