Utama Berita Automotif Kerajaan Delhi haramkan pendaftaran motosikal ICE baharu mulai April 2028

Kerajaan Delhi haramkan pendaftaran motosikal ICE baharu mulai April 2028

7
sekadar hiasan

Kabinet Delhi secara rasmi meluluskan Delhi EV Policy 2026 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini hingga 31 Mac 2030, menurut Autocar India

Dasar baharu itu membenarkan hanya motosikal elektrik sahaja yang boleh didaftarkan bermula 1 April 2028. 

Selain itu, kenderaan seperti auto-rickshaw dan kenderaan barangan N1 versi elektrik sahaja yang boleh didaftarkan di Delhi bermula 1 Januari 2027. 

Bagi menyokong peralihan ini, kerajaan menawarkan insentif pembelian motosikal elektrik sehingga Rs 30,000 (RM1,284), atau Rs 50,000 (RM2,139) untuk kenderaan elektrik beroda tiga. 

Kenderaan barangan elektrik N1 pula diberikan insentif sehingga Rs 1 lakh (RM4,279). 

Kerajaan turut menawarkan insentif pelupusan antara Rs 5,000 hingga Rs 1 Lakh bagi penggantian kenderaan lama kepada alternatif elektrik dan kesemua insentif akan disalurkan terus kepada akaun penerima. 

Dianggarkan lebih 30,000 titik pengecasan EV akan disediakan di seluruh Delhi. 

Pelaksanaan ini dijangka akan memberikan kesan besar terhadap pasaran motosikal India. 

Menurut penilaian impak oleh Crisil, langkah ini dijangka meningkatkan bahagian jualan EV dalam segmen dua roda kepada 21–23% menjelang FY29, berbanding 18–20% tanpa dasar tersebut — tambahan hampir 6 lakh motosikal elektrik kepada jumlah jualan nasional.

Motosikal dua roda merangkumi kira-kira 67% daripada jumlah kenderaan berdaftar di Delhi. Crisil turut menyatakan bahawa langkah agresif Delhi ini berpotensi mendorong negeri-negeri lain untuk melaksanakan mandat yang sama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here