Utama Berita Automotif Honda WN7 ditawarkan menerusi langganan RM1,150 per bulan di Australia, 50 unit...

Honda WN7 ditawarkan menerusi langganan RM1,150 per bulan di Australia, 50 unit saja

7

Honda Australia mula menawarkan motosikal elektrik penuh Honda WN7 di pasaran tersebut menggunakan pendekatan yang berbeza.

Model tersebut tidak dijual secara rasmi, sebaliknya ditawarkan menerusi program langganan bulanan sebanyak AU$400 (RM1,150).

Harga tersebut termasuk dengan yuran pendaftaran dan juga insurans.

Hanya 50 unit sahaja disediakan, dan difahamkan Australia menjadi satu-satunya pasaran di luar Eropah yang menawarkan model WN7 ini.

Honda WN7 dikuasakan oleh motor elektrik 67 hp dan daya kilas puncak 100 Nm, dipadankan dengan pek bateri lithium-ion 9.3 kWh.

Ia boleh bergerak sejauh 140 km untuk sekali cas penuh mengikut data WMTC.

Dengan pengecasan pantas DC, bateri WN7 boleh dicas dari 20 hingga 80% dalam masa 30 minit, sementara pengecasan AC pula mengambil masa kurang dua jam setengah.

WN7 dilengkapi dengan rim 17 inci, pelana setinggi 800 mm, sistem pacuan akhir tali sawat, sistem lampu LED dan skrin paparan TFT lima inci.

Turut disertakan ialah sambungan kepada Honda RoadSync.

Salah satu ciri menarik pada motosikal seberat 217 kg ini ialah mod bergerak kelajuan rendah sama ada ke depan atau mengundur.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here