
Motosikal naked elektrik pertama Honda, iaitu WN7 (2026) berjaya meraih anugerah pertamanya dengan memenangi iF Design Gold Award baru-baru ini.
Untuk makluman, Gold Award merupakan anugerah tertinggi untuk sesebuah motosikal daripada disiplin iF Product Design.
Honda WN7 dibina berdasarkan konsep “Be the Wind”, menampilkan casis aluminium yang menggunakan komponen bateri sebagai sebahagian daripada struktur tersebut.
Honda WN7 dikuasakan oleh motor elektrik 67 hp dengan jarak tunggangan sejauh 140 km untuk sekali cas penuh.
Versi lesen A2 pula menawarkan jarak tunggangan mencecah 153 km.
Menurut Toshinobu Minami selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Pusat Rekaan di Unit R&D Honda, “Kami amat berbangga untuk menerima Anugerah Emas buat pertama kali untuk Honda WN7 dalam disiplin Rekaan Produk daripada iF Design Award.”
“Kami percaya ini merupakan hasil daripada kefahaman pihak juri terhadap nilai baharu yang sesuai dengan era elektrifikasi – keseronokan menunggang dengan bebas seperti angin – daripada perspektif fungsi dan rekaan.
“Honda akan terus mencipta nilai baharu yang dapat mengejutkan dan memberi inspirasi kepada orang ramai, serta memberikan kegembiraan yang dapat mengembangkan potensi hidup.
































