Utama Berita Automotif Honda N-Van (2026) dapat skrin kluster 7-inci, enjin turbo untuk varian tertinggi

Honda N-Van (2026) dapat skrin kluster 7-inci, enjin turbo untuk varian tertinggi

5

Honda memberikan N-Van nafas baharu untuk pasaran Jepun bagi tahun 2026, dengan beberapa penambahbaikan kecil serta peningkatan kuasa untuk varian berfokus pengembaraan.

Daripada sudut luaran, boleh dikatakan ia hampir sama sahaja dengan versi yang diperkenalkan sejak tahun 2018. 

Perubahan yang besar terletak pada ruang kabin, di mana N-Van kini mendapat skrin kluster digital 7-inci dan roda stereng dua jejari yang diambil daripada N-Van e:. 

Varian Fun pula mendapat kelengkapan port pengecasan USB Type-C berbanding USB Type-A pada model terdahulu. 

Versi flagship Nature Style (sebelum ini dikenali sebagai Style+ Nature) kini mendapat naik taraf enjin turbo 660 cc yang mampu menjana 63 hp. 

Varian ini turut mengekalkan gaya rugged dengan kemasan hitam dan pelekat bertema outdoor, manakala varian Fun menerima warna baharu seperti Autumn Yellow Pearl dan Botanical Green Pearl.

Seperti biasa, Honda Access turut menawarkan katalog aksesori penuh untuk pembeli yang mahu menambah gaya atau fungsi.

Antara penambahan lain termasuklah penderia parkir hadapan dan sistem brek pasca-pelanggaran yang didatangkan secara standard, sementara varian asas “G” dan “L” pula menerima butang start/stop enjin serta fungsi pencegah pecutan mengejut. 

Dengan penambahan ciri-ciri baharu, harga jualan N-Van (2026) juga meningkat sedikit, dengan tag harga bermula dari ¥1,498,200 (RM37,007) untuk versi asas G 2WD Manual, sementara varian Fun Nature 4WD CVT pula mencecah ¥2,269,300 (RM56,053). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here