
Honda N-BOX meneruskan penguasaan di pasaran Jepun apabila mencatat 201,354 unit jualan pada tahun 2025.
Angka itu mengangkat N-BOX sebagai kenderaan terlaris di Jepun pada 2025 dan empat tahun berturut-turut di tempat pertama bagi semua kategori kenderaan.
Lebih manis, N-BOX kekal juara kei-car selama 11 tahun berturut-turut.
N-BOX Generasi Ketiga: Kekal Digemari
N-BOX generasi ketiga yang dilancarkan pada Oktober 2023 tampil dengan ruang kabin di antara yang terbesar dalam segmen, kelengkapan Honda SENSING standard serta rangkaian kuasa yang mengimbangi penjimatan dan prestasi.
Keselesaan dan kestabilan pemanduan yang baik turut menjadi faktor utama rangkaian model ini terus menjadi kegemaran.
Pada Disember 2025, Honda menambah varian N-BOX Custom Black Style dengan sentuhan serba hitam pada luar dan dalam.
Rangkaian Kuasa i-VTEC NA dan Turbo
N-BOX digerakkan dua jenis enjin iaitu i-VTEC biasa (NA) dan turbo untuk pelanggan yang mahukan lebih kuasa.
Kedua-dua jenis enjin digandingkan dengan transmisi CVT, dan semua varian ditawarkan dalam pilihan pacuan 2WD (FF) atau 4WD.
Enjin i-VTEC NA – S07B (58hp / 65.6Nm)
- 660cc SOHC 3-silinder
- 58 ps (57 hp) @ 7,300 rpm
- 65.6 Nm @ 4,800 rpm
Enjin Turbo – S07C (64hp / 104Nm)
- 660cc DOHC 3-silinder Turbo
- 64 PS (63 hp) @ 6,000 rpm
- 104 Nm @ 2,600 rpm
- Memberi pecutan lebih yakin terutama di kawasan berbukit atau ketika membawa muatan
Harga: Bermula RM45k Hingga RM64k
Berkenaan harga, Honda N-BOX dijual daripada 1,739,100 yen hingga 2,475,000 yen, bersamaan kira-kira RM45,003 hingga RM64,047.
Perjalanan Siri N-BOX Sejak 2011
-
2011 (Disember) – N-BOX pertama dilancarkan
-
2012 (Julai) – N-BOX+ dilancarkan
-
2014 (Mac) – 500,000 unit terkumpul
-
2014 (Disember) – N-BOX Slash dilancarkan
-
2016 (Disember) – 1 juta unit terkumpul
-
2017 (September) – Generasi kedua dilancarkan
-
2019 (Februari) – 1.5 juta unit terkumpul
-
2021 (Mei) – 2 juta unit terkumpul
-
2023 (Oktober) – Generasi ketiga dilancarkan
-
2023 (Disember) – 2.5 juta unit terkumpul
-
2024 (September) – N-BOX JOY dilancarkan
Dominasi Pasaran Jepun
Dalam segmen kei-car, N-BOX mengekalkan kedudukan No.1 selama 11 tahun berturut-turut dari 2015 hingga 2025.
Jualan Mengikut Tahun
|
Tahun |
Jualan (Unit) |
Ranking Kei-Car |
Ranking Keseluruhan |
|---|---|---|---|
|
2011 |
2,860 |
45 |
165 |
|
2012 |
211,155 |
2 |
4 |
|
2013 |
234,994 |
1 |
3 |
|
2014 |
179,930 |
2 |
5 |
|
2015 |
184,920 |
1 |
2 |
|
2016 |
186,367 |
1 |
2 |
|
2017 |
218,478 |
1 |
1 |
|
2018 |
241,870 |
1 |
1 |
|
2019 |
253,500 |
1 |
1 |
|
2020 |
195,984 |
1 |
1 |
|
2021 |
188,940 |
1 |
2 |
|
2022 |
202,197 |
1 |
1 |
|
2023 |
231,385 |
1 |
1 |
|
2024 |
206,272 |
1 |
1 |
|
2025 |
201,354 |
1 |
1 |





