Honda N-Van Compo buat kaki khemah dan piknik !

2273

Sekarang sedang trend rumah bersaiz kecil ataupun gaya hidup kamper. Apa akan jadi sekiranya anda menggabungkan kedua-duanya.

Keperluan tersebut akan anda dapatkan pada model Honda N-Van Compo. Pengeluar kenderaan Jepun itu baru saja mengeluarkan imej N-Van Compo yang dibangunkan daripada barisan MPV kecil N-Van.



Jadi berapa kecilkah kamper berkenaan?, daripada segi dimensi sebenarnya tidak berubah yang mana MPV kompak itu memiliki panjang 133.7 inci iaitu 20.4 inci lebih pendek berbanding Mazda MX-5 Miata.

Honda mengemas kini ketinggian bumbung bagi meletakkan sebuah khemah untuk ruang tambahan penumpang berehat yang boleh diakses menerusi tangga pintu belakang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here