[Video] Perodua Kelisa cabut lari lepas isi minyak penuh

5548

Satu video tular di laman sosial Facebook apabila seorang pemandu Perodua Kelisa melarikan diri selepas mengisi minyak penuh.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan dan difahamkan kejadian berlaku di Bachok, Kelantan.



Video yang dimuatnaik akaun Facebook Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia itu menunjukkan pemandu tersebut sedang mengisi minyak kereta dan ada seorang pekerja stesen minyak menunggu di sebelah.

Bahkan, pemandu tersebut juga menggunakan telefon ketika sedang mengisi minyak. Selepas selesai mengisi minyak, pekerja tersebut mengikutinya sehingga ke pintu kereta untuk meminta bayaran bagaimanapun pemandu itu segera menutup pintu dan memandu keluar ke jalan raya.

Difahamkan, pemandu Perodua Kelisa bertindak sedemikian bagi mengelak membayar minyak yang diisi.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan lelaki terbabit dan menyifatkan perbuatan itu sangat memalukan.

“Malu betul perangai orang macam tu, kalau dah tahu takde duit jangan pakai kereta, duduk rumah diam-diam,” kata Asraf Kota.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nor Azlan Ahsani.

“Zaman sekarang semua orang tak boleh dipercayai.. Kerap sangat dah berlaku. Minta dulu deposit.”

Ada juga mempersoalkan mengapa tidak meminta duit dahulu seperti mana stesen minyak lain dan mengembalikan baki setelah urusan selesai.

Pada masa sama, pengguna juga turut bersimpati dengan nasib pekerja stesen minyak berkenaan yang mungkin perlu membayar duit ganti rugi akibat kecuaian itu.

“Risiko pada pekerja, pekerja kena ganti, saya dah pernah kerja sebagai ‘cashier’, gaji tak lah banyak, lepas tu kena potong gaji lagi,” kata Suelan Ila.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here