
Akaun Facebook Tok Tuah Channel Haziq berkongsi seorang pelajar sekolah dipercayai mengalami kecederaan di kepala selepas dipercayai dilanggar seorang penunggang motosikal Rohingya.
Kemalangan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai di lokasi kejadian selepas lelaki Rohingya berkenaan didakwa cuba melarikan diri.
Berdasarkan kapsyen video berkenaan, Tok Tuah menyatakan kejadian dikatakan berlaku di Padang Jawa, Shah Alam pada Khamis yang mana pelajar sekolah itu dipercayai mengalami pendarahan pada bahagian kepala.
“Tergerak hati isteri ajak pergi ke padang jawa petang tadi, ngam-ngam depan mata warga Rohingya langgar budak baru balik sekolah.
“Lepas dia langgar terus dia lari, nasib baik orang ramai bantu tolong kejar…saya dan isteri tak sempat nak kejar sebab sedang bantu adik sekolah tu sedang bertarung nyawa serta alami sawan sehingga kejang satu badan dan berbuih mulut,” tulisnya.
Dia yang menjadi saksi kejadian menjelaskan suspek cuba menyelesaikan kes tersebut dengan menawarkan wang sogokan berjumlah RM10,000 di lokasi kejadian.
Menurut pemilik akaun tersebut, dipercayai pada mulanya pelaku menawarkan RM5,000 sebelum meningkatkan tawaran kepada RM10,000 secara tunai.
Tindakan cuba ‘menabur duit’ bagi menutup kes tersebut nyata mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyaksikan tragedi tersebut.
“Banyak betul duit diorang ni kan, jujur aku cakap kejadian tadi isteri dia datang dekat aku, minta deal tepi. Dia nak bagi cash RM5,000, lepas tu aku cakap banyak betul duit korang, terus dia bisik dekat aku, kita bagi RM10k.
“Masa tu hati aku betul-betul rasa panas…senang betul kau nak tabur duit dekat org Malaysia..dan banyak betul duit korang nak bagi CASH!!!,” kongsinya pada kapsyen video.

































