JPJ: Jangan letak kayu penyendal bawah lori!

2411

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang memberi amaran kepada pemandu lori supaya tidak membawa kayu penyendal yang diletakkan di bawah kenderaan mereka.

Menerusi operasi khas bersepadu ‘OBSTACLE’ di Plaza Tol Juru kelmarin, pihak JPJ mengesan sebanyak 15 lori meletakkan kayu penyendal di bahagian casis yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain. 

Gambar hiasan

Ini kerana kayu penyendal berkenaan boleh jatuh ketika pemandu membelok, permukaan jalan tidak rata atau ketika memandu laju. 



Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md. Isa berkata kemalangan disebabkan kayu penyendal di atas jalan raya semakin meningkat.

“Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kes seperti ini memang jarang berlaku namun kini semakin menjadi-jadi,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here