Myvi tukar lorong sesuka hati undang marah netizen

1582

Apabila menyetuh mengenai kereta Perodua Myvi sering kali menjadi perhatian dan menarik minat warga maya, namun seharusnya dipersalahkan bukan kereta tetapi pemandu. 

Baru-baru ini, satu klip video yang dikongsi Taufiq Wildani di Facebook tular yang memaparkan seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.



Video kamera papan pemuka berdurasi 19 saat itu menunjukkan pemandu Perodua Myvi tersebut secara tiba-tiba menukar arah haluan pada saat akhir.

Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab itu, pemandu lain terpaksa membrek mengejut dan hampir menyebabkan kemalangan ditambah lagi dengan keadaan jalan raya yang licin kerana hujan.

Namun lokasi insiden tersebut tidak dapat dipastikan, pada masa yang sama orang ramai mengutuk cara pemanduan pemandu Myvi tersebut yang sangat berbahaya dan boleh mengundang kemalangan jalan raya.

“Sudahlah time (semasa) hujan. Jalan licin juga. Nasib dua-dua (pemandu lain) sempat menekan brek”.

“Tak pasal-pasal Myvi jugak dapat bodoh, pemilik Myvi itu ‘steady’ saja buat bodoh”.

BACA>>Aksi Myvi pandu melulu di laluan dua hala undang marah netizen

BACA>>Baru sedar kereta Myvi kena klon dengan Honda Civic, selepas terima saman AES

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here