Aksi Myvi pandu melulu di laluan dua hala undang marah netizen

2199

Baru-baru ini tular satu rakaman video papan kemuka menunjukkan sebuah Perodua Myvi dipandu secara berbahaya di laluan dua hala. 

Video berdurasi 22 saat dari pengguna Facebook Nick Toh itu memaparkan pemandu Myvi tersebut memotong beberapa buah kenderaan dan hampir melanggar kenderaan dari arah bertentangan.



Tindakan melulu pemandu Myvi tersebut yang tidak memastikan keadaan selamat sebelum memotong bukan saja mengundang marah perakam video bahkan netizen.

Bahkan kereta dari arah bertentangan terpaksa memperlahankan kelajuan dan menyalakan lampu tinggi sebagai tanda amaran atas tindakan berbahaya tersebut.

Susulan perkongsian itu, video tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang mengecam tindakan berbahaya pemandu Myvi tersebut.

Rata rata menganggap pemandu Myvi tersebut degil dan mementingkan diri yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Budak-budak baru dapat kereta macam itulah jadinya, kalau dah kena langgar tadi tak pasal-pasal nyawa orang lain hilang.”

“Kenapa ada pemandu-pemandu yang apabila bawa kereta tak fikir tentang (keselamatan) orang lain, kalau dalam kereta itu ada budak kecil macam mana?.”

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here