Laku keras, pembeli perlu menunggu 4 tahun terima Toyota Land Cruiser

1340

Populariti Toyota Land Cruiser cukup tinggi dalam kalangan pengguna sehinggakan pengeluar perlu mengambil masa empat tahun bagi memenuhi permintaan model tersebut. 

Bahkan kekurangan cip juga menjadikan situasi semakin teruk. Toyota menerima 20,000 tempahan sejak membuka pesanan 2 Ogos lalu.



Kira-kira 90 peratus pembeli Jepun memilih varian ZX dan GR Sport dan tempoh penyerahan model tersebut mengambil masa paling lama.

Menjadikan keadaan lebih buruk, Toyota hanya dapat menjalankan operasi pemasangan sepenuhnya pada bulan September kerana kekurangan alat ganti.

Situasi itu memberi kesan kepada ketersediaan stok seluruh dunia dan bukan saja di Jepun. Misalnya, Australia hanya menerima kereta demo buat pusat pameran manakala unit jualan hanya akan tiba beberapa bulan lagi. 

Ini bukan pertama kali Land Cruiser menerima banyak pesanan. Pada bulan Ogos, Toyota melaporkan pesanan yang diterima sudah cukup tinggi untuk memenuhi 12 bulan pertama pengeluaran.

Walaupun pada masa itu, pembeli Land Cruiser baharu akan menunggu sekurang-kurangnya setahun untuk mendapatkan kenderaan tersebut.

Sebelum kilang ditutup, Toyota hanya sempat menyerahkan 5,000 unit Land Cruiser 300 kepada pelanggan. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here