Rakyat tak perlu kereta terbang, nak jalan yang tak berlubang je – Caprice

3057

Penyanyi dan rapper terkenal, Caprice berkata bahawa “rakyat tak perlu kereta terbang, tapi cuma mahukan jalan yang tak berlubang”.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata demikian dalam satu siaran video di laman Instagram miliknya.



Dia memulakan video itu dengan mengulas mengenai kereta terbang yang sebenarnya sebuah dron buatan China.

“Ramai orang di media sosial yang pertikaikan kenderaan yang kononnya kereta terbang itu, sebenarnya buatan China,” katanya.

Dia menambah, “Adakah Malaysia memerlukan kereta terbang? Tidak. Adakah Malaysia memerlukan satu lagi kereta nasional? Tidak.”

Menurutnya, apa yang Malaysia perlukan bukanlah kereta terbang  atau kereta nasional baharu, tetapi jalanraya yang lebih baik (dari segi kualiti).

Caprice mengulas lagi, “Kita bayar road tax mahal-mahal, tapi masih banyak jalan di Malaysia, di KL pun, yang berlubang.”

Dia turut meletakkan imej sebuah Perodua Myvi berwarna kuning yang terjatuh ke dalam lubang baru-baru ini.

Caprice menambah bahawa banyak produk sebenarnya dibuat di China, sambil menunjukkan kasut Nike, Adidas dan imej kereta Volvo (sebuah syarikat yang kini dimiliki oleh Geely, juga syarikat China).

“Tudung, baju melayu, kurta yang korang suka pakai tu, biasanya datang dari China, Vietnam, Bandung (Indonesia), atau Jakel. Sebab kos nak buat barang di sana sangat rendah,” katanya sebelum mengakhiri video.

Jika dikaitkan dengan projek kereta terbang atau dron atau mobiliti, apa-apa yang anda mahu panggil – bak kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof – dengan kes Myvi jatuh lubang, kami bersetuju juga dengan Caprice. Keutamaan haruslah kepada perkara lebih asas seperti kualiti jalanraya atau perkhidmatan pengangkutan awam.

Adakah anda setuju dengan pendapat ini?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here