
Bayangkan, satu malam anda sedang bersiap untuk masuk tidur, dan tiba-tiba seekor serangga yang nyaring sedang hinggap di telinga.
Namun, setelah ditampar, ia bukanlah seekor nyamuk, tapi sebuah robot kecil yang direka menyamai saiz nyamuk!
Itulah yang cuba dibangunkan oleh sekumpulan saintis National University of Defense Technology (NUDT) China di mana mereka menghasilkan dron bersaiz besar sedikit berbanding kuku manusia.
Disebabkan saiznya yang agak kecil, agak sukar untuk manusia melihat kehadiran dron terbang tersebut.
Menurut laporan, kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) saiz nano itu boleh dikawal menggunakan peranti pintar dan mempunyai kamera miniatur dan mikrofon untuk merakam imej, bunyi dan isyarat elektronik.
Saiznya yang kecil itu juga boleh dimanfaatkan untuk mengelak daripada dikesan oleh sistem radar konvensional.
Seorang pakar sekuriti memberitahu laman The Telegraph, dron kecil ini lebih sesuai digunakan untuk tujuan intipan di dalam bangunan yang biasanya sukar diakses oleh dron bersaiz lebih besar.
Ini kerana saiznya yang kecil mengehadkan penggunaan bateri berkapasiti yang lebih besar untuk tempoh terbang yang lebih lama.
Pengendali juga perlu berada berdekatan dengan dron tersebut untuk mengekalkan julat isyarat yang stabil antara kedua-dua pihak.
The Chinese military unveils a tiny drone the size of a mosquito.
The creators believe such a drone is nearly impossible to detect, making it ideal for reconnaissance. A compact handheld device is all that’s needed for control.
China is ahead of the rest of the world… pic.twitter.com/thfCzIcchy
— Alexeï (@jeanlol67573289) June 21, 2025