Utama Berita Automotif Benda Dark Flag 600 kini dengan nadi V4 600 cc, teknologi klac...

Benda Dark Flag 600 kini dengan nadi V4 600 cc, teknologi klac auto

6

Benda bakal memperkenalkan model cruiser terbaharu yang dinamakan sebagai Dark Flag 600. 

Berdasarkan dokumen kelulusan, Dark Flag 600 ini menggunakan nadi V4 bersesaran 598 cc yang dibangunkan semula sepenuhnya lengkap dengan blok, silinder dan kepala silinder baharu. 

Ia mampu menjana kuasa setinggi 70 hp dan 54 Nm, jauh lebih bertenaga berbanding Dark Flag 500 berkuasa 54 hp. 

Ini bermakna, Benda Dark Flag 600 merupakan model ketiga dalam barisan cruiser V4 keluaran Benda. 

Selain itu, Dark Flag 600 merupakan model V4 pertama Benda yang ditawarkan dengan sistem klac auto yang debut pada model Rock 707 tahun lalu. 

Ia berfungsi hampir sama seperti Honda E-Clutch yang menggunakan aktuator elektromekanikal dan ECU untuk mengawal klac, lengkap dengan tuil klac biasa. 

Dark Flag 600 juga dijangka akan hadir dengan tetapan suspensi udara. 

Usah risau kerana Dark Flag 600 akan turut ditawarkan dengan versi klac manual dan suspensi konvensional. 

Antara ciri premium yang bakal hadir pada Dark Flag 600 ialah dua paparan TFT, satu terletak pada bahagian hendal dan satu lagi skrin kecil yang terletak atas tangki. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here