Utama Berita Automotif Morbidelli bakal tawar model dual-sport T125WR

Morbidelli bakal tawar model dual-sport T125WR

3

Jenama motosikal Morbidelli bakal memperkenalkan sebuah model dual-sport terbaharu yang dikenali sebagai T125WR. 

Berbanding model sedia ada, T125WR ini dilihat sebagai model yang direka khusus untuk tunggangan off-road yang lebih serius, sekali gus meluaskan lagi segmen yang diterokai jenama itu. 

Model ini jelas menggunakan casis dan enjin baharu yang tiada kaitan dengan model-model 125 cc sedia ada. 

T125WR dipacu enjin silinder tunggal DOHC menghasilkan kuasa 15 hp, had maksimum yang dibenarkan untuk penunggang baharu di Eropah.

Antara ciri lain termasuklah fork terbalik, rangka tiub keluli gaya KTM, lengan ayun aluminium, lengkap dengan perehat kaki untuk pembonceng. 

Kehadiran T125WR boleh menjadi satu alternatif kepada barisan model 125 cc berorientasikan off-road Morbidelli yang lain seperti:

  • dual-sport T125
  • adventure T125X

Selain itu, Morbidelli turut menawarkan model 125 cc dalam bentuk roadster N124V, cruiser C125V, serta naked retro NR125X. 

Sehingga kini, laman web antarabangsa Morbidelli memaparkan sehingga 26 buah model, tidak termasuk kembar 1,200 cc baharu atau dual-sport T125WR terbaharu ini. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here