Utama Berita Automotif Porsche 911 GT3 RS Sonderwunsch inspirasi haute couture, kuasa ekstrem bertemu keanggunan

Porsche 911 GT3 RS Sonderwunsch inspirasi haute couture, kuasa ekstrem bertemu keanggunan

5

Porsche 911 GT3 RS menerima sentuhan khas menerusi program Sonderwunsch dengan gabungan prestasi, rekaan anggun dan kemasan buatan tangan yang diinspirasikan daripada dunia haute couture.

Model unik ini dibangunkan hasil kerjasama antara Porsche dan Porsche Centre Geneva menerusi program individualisasi Sonderwunsch di Zuffenhausen.

Menurut Porsche, projek tersebut menampilkan pendekatan rekaan yang menekankan keseimbangan antara kejuruteraan prestasi tinggi dan estetika lebih hangat serta sofistikated.

Rekaan luaran dengan kemasan khas

Projek ini bermula dengan matlamat menghasilkan 911 GT3 RS yang mampu menampilkan elemen halus dunia haute couture, bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga karakter pemanduan.

Hasilnya ialah keseimbangan antara kejuruteraan tanpa kompromi GT3 RS dengan estetika yang lebih hangat dan sederhana.

Porsche memberikan perhatian terhadap gabungan garisan tajam badan, komponen gentian karbon terdedah dan kemasan metalik terpilih.

Pendekatan tersebut tidak menggunakan elemen keterlaluan, sebaliknya memanfaatkan permainan cahaya, tekstur dan pantulan permukaan.

Warna badan menggunakan kemasan Macadamiametallic daripada program Paint to Sample.

Komponen gentian karbon pula menerima lapisan clear coat dengan pigmen perang yang dibangunkan khusus untuk projek ini.

Bahagian sayap belakang karbon berwarna gelap dipadankan dengan logo Weissach pada plat sisi.

Logo Porsche berwarna oren pada bahagian belakang turut menjadi elemen kontras yang lebih menonjol tanpa mengganggu keseluruhan tema elegan model tersebut.

Lampu hadapan LED pula menerima lingkaran riasan berwarna Pastelorange.

Dalaman gabungan tona perang dan oren

Di bahagian dalaman, Porsche meneruskan falsafah rekaan sama menerusi gabungan tona perang dan oren.

Kulit Truffle Brown dan bahan Race Tex menjadi asas utama kemasan kabin sebelum dipadankan dengan jahitan hiasan berwarna oren.

Menurut Porsche, pelbagai perincian kecil dipilih secara teliti bagi menghasilkan suasana kabin yang lebih harmoni dan meyakinkan.

Program Sonderwunsch beri tahap individualisasi lebih mendalam

Porsche menjelaskan program Sonderwunsch membolehkan proses individualisasi dilakukan sehingga ke perincian paling kecil.

Banyak komponen khas dibangunkan khusus untuk projek ini bagi menghasilkan sebuah model unik berasaskan 911 GT3 RS generasi semasa.

Porsche turut menyatakan bahasa rekaannya, tahap eksklusiviti dan perhatian terhadap proses penghasilannya mempunyai persamaan jelas dengan dunia haute couture.

Bahagian luaran dan dalaman diselaraskan dengan teliti bagi memastikan gabungan bahan, warna dan permukaan tampil seimbang.

Setiap perincian dihasilkan oleh pakar pengeluaran Porsche dengan mematuhi standard mutu yang digunakan pada setiap model Porsche.

Enjin 4.0 liter NA

Porsche 911 GT3 RS diperkenalkan pada 2022 dan dibekalkan enjin aspirasi natural (NA) 4.0 liter enam silinder ligatan tinggi.

Enjin tersebut menghasilkan 525 ps dan 465Nm menerusi talaan lanjut yang menggunakan aci sesondol baharu dengan profil aci diubah suai.

Sistem kemasukan udara single throttle intake serta sistem injap tegar (rigid) disesuaikan daripada teknologi sukan permotoran.

Transmisi tujuh kelajuan PDK menggunakan nisbah gear keseluruhan lebih pendek berbanding 911 GT3 standard.

Saluran udara pada bahagian bawah badan turut membantu memastikan transmisi mampu menampung penggunaan ekstrem ketika pemanduan litar.

911 GT3 RS mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.2 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 296 km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here