
Polis sedang mengesan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi yang videonya tular di media sosial pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, tindakan pemilik kenderaan itu disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 279 dan 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
βKes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara cuai atau melulu sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
@mizan_ioi penyagak kene kejar!! #pedaslinggi
β¬ bunyi asal – ππππππβ‘ – β€ππππππποΈ
“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,”Β katanya.
Kes tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam yang membawa hukuman penjara sehingga satu bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.Β
Tambah beliau, bagi Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula memperuntukkan hukuman denda minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta boleh digantung lesen memandu sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan kerana mengendalikan kenderaan dengan cara menyusahkan pengguna jalan raya.
“Pihak polis memandang serius sebarang tindakan yang mengganggu kelancaran trafik yang bukan sahaja melanggar undang-undang malah berisiko kemalangan maut.
“Ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain terutamanya di lebuh raya yang mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi,” katanya.Β
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Noor Fathiah Ak’Dilah Ishak di talian 010-5825384 atau Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim di talian 019-7992519, atau menghubungi terus Bilik Gerakan IPD Rembau di 06-6851999.