Utama Berita Automotif Empat motosikal polis trafik terbakar

Empat motosikal polis trafik terbakar

6

Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang turut melibatkan sebahagian bangunan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.27 pagi itu, sebuah lagi motosikal awam turut terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bersama 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, pasukan bomba tiba di lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan motosikal polis trafik serta sebahagian bangunan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here