Utama Berita Automotif Harga RON97 dan diesel turun 3 sen

Harga RON97 dan diesel turun 3 sen

17

Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 diturunkan kepada tiga sen seliter bagi tempoh 3 Julai 2025 hingga 9 Julai 2025.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini menyatakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 3 Julai 2025 hingga 9 Julai 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. Harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak tiga sen kepada paras RM3.18 seliter
  2. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter
  3. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak tiga sen kepada paras RM2.85 seliter
  4. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here