
Pada masa sama, margin penapisan kekal tinggi susulan gangguan kapasiti penapisan di Rusia. Kekangan bekalan minyak mentah serta gangguan kapasiti penapisan terus mengehadkan output produk petroleum bertapis, sekali gus memberi tekanan kepada harga petroleum dunia.
Berikut harga runcit petroleum bagi tempoh 17 hingga 23 September berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM):

- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 35 sen kepada RM4.85 seliter
- Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 35 sen kepada RM4.37 seliter
- Harga runcit diesel naik sebanyak 35 sen kepada RM5.7 seliter
- Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter
- Harga runcit diesel diesel bersubsidi (BUDI Diesel) kekal pada RM2.10 seliter
Menurut MOF, Kerajaan MADANI akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar BUDI MADANI bagi pengguna yang layak.
“Pada harga semasa, penerima BUDI95 terus membayar RM1.99 seliter yang mana Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.38 seliter, bersamaan 54 peratus daripada harga tanpa subsidi.
“Penerima BUDI Diesel pula terus membayar RM2.10 seliter berbanding harga diesel tanpa subsidi RM5.27 seliter, dengan subsidi Kerajaan sebanyak RM3.17 seliter, atau 60 peratus daripada harga tanpa subsidi,” jelasnya.






























