Utama Berita Automotif Dua pelajar lelaki ditahan buat aksi wheelie

Dua pelajar lelaki ditahan buat aksi wheelie

29

Dua pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas melakukan aksi ‘wheelie’ di kawasan Perumahan Makmur Seri Damai Jaya di Kuantan, pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kedua-dua remaja itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bermula jam 4.30 petang hingga 9 malam.

“Suspek melakukan aksi tersebut yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Kedua-duanya ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, polis mengeluarkan sebanyak 20 saman atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang operasi dan kesalahan paling tinggi direkodkan adalah tidak memakai tali pinggang keledar.

“Kita harap peranan ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab membantu serta memantau aktiviti anak-anak bermula dari rumah,” katanya.

ARTIKEL LAIN

Dua remaja Tingkatan Satu maut bertembung ketika buat aksi wheelie

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here