
PRO-NET, anak syarikat Proton memperkenalkan varian baharu e.MAS 7 ke pasaran tempatan pada harga RM105,800 bagi varian Prime dan RM119,800 (Premium).
Berikut kemas kini yang ditawarkan pada varian baharu berkenaan :
- Pengenalan warna badan baharu Obsidian Black.
- Tawaran warna badan Quartz Rose dan Turquoise Green dengan pilihan dalaman eksklusif Alabaster White yang terhad 250 unit, hanya bagi varian Premium.
- Kemas kini terkini Flyme Auto OS yang menawarkan prestasi lebih pantas, integrasi yang lancar serta sokongan lebih banyak aplikasi pihak ketiga termasuk Zoom for Cars, izi.TRAVEL dan Vivaldi Browser.
- Ketersambungan Apple CarPlay yang kini tersedia dalam format berwayar dan tanpa wayar. Sementara Android Auto akan tersedia pada hujung tahun ini.
- Varian baharu ini juga menawarkan tahap personalisasi yang dipertingkatkan menerusi kemas kini pada sistem amaran bunyi kelajuan rendah kenderaan elektrik (EV). Ia kini hadir dengan dua pilihan bunyi tambahan iaitu Galactic Note dan Space Walk, selain nada Classical sedia ada.
PRO-NET turut mengumumkan pakej jualan baharu Power Pack+ yang menawarkan nilai tambah kepada pelanggan, merangkumi:
- Power Home: Pengecas rumah 7kW percuma bernilai RM1,500
- Power Plus: V2L percuma bernilai RM500
- Power Online: Data internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800
- Power Thru: Waranti tanpa had perbatuan selama 6 tahun untuk kenderaan, serta waranti 8 tahun/160,000 km untuk bateri voltan tinggi
- Power Exchange: Rebat tukar-beli bernilai RM5,000.
Selain itu, e.MAS 7 kini didatangkan secara standard dengan penutup ruang barangan (tonneau cover). Pemilik sedia ada juga akan menerima penutup tersebut secara percuma dalam masa terdekat.
Proton e.MAS 7 yang diperbaharui kini tersedia di semua pengedar sah Proton e.MAS di seluruh negara.