
Cycle & Carriage mempamerkan edisi terhad, Leapmotor B10 Kinetix Edition di Sunway Velocity Mall bermula 11 hingga 15 November ini.
Ditawarkan khas buat Leapmotor B10, Kinetix Edition itu didatangkan dengan kit badan membabitkan skirting bampar depan dan belakang serta sisi di samping kemasan hitam pada arca roda.
Lebih menarik kit badan tersebut diperbuat daripada bahan ABS yang tahan lasak dan direka untuk pemasangan tepat tanpa perlu menebuk lubang.
Menyempurnakan siluet sporty pada B10, Leapmotor menawarkan rim aloi hitam berkilat pada edisi terhad berkenaan.
Ditawarkan dalam kuantiti terhad, kit badan eksklusif Kinetix Edition tersebut hadir bersama jaminan selama enam tahun yang memberikan ketenangan fikiran tambahan kepada pembeli.
Dalam masa yang sama, Leapmotor B10 kekal menawarkan jaminan sedia ada iaitu enam tahun untuk kenderaan dan lapan tahun untuk bateri.
Leapmotor B10 kini boleh dimiliki pada harga bermula daripada RM105,900 sempena Tawaran Istimewa Akhir Tahun.
Tawaran tersebut turut meliputi Kinetix Edition, dengan tambahan hanya RM11,000, pelanggan boleh menikmati penambahbaikan gaya eksklusif pada Leapmotor B10 Kinetix Edition menjadikan harga keseluruhannya hanya RM116,900.
Pelanggan yang berminat untuk memiliki model edisi terhad Leapmotor B10 Kinetix Edition itu boleh mula membuat tempahan di lokasi jelajah rasmi yang sedang berlangsung, cawangan Cycle & Carriage (C&C) Leapmotor, mahupun mana-mana rangkaian pengedar sah jenama berkenaan di seluruh negara.
Namun, unit pameran fizikal bagi B10 Kinetix Edition hanya ditempatkan secara eksklusif di rangkaian bilik pameran Cycle & Carriage Leapmotor sahaja.
Mana-mana pelanggan dan orang ramai yang terlepas pameran berkenaan tetapi ingin melihat spesifikasi serta kemasan edisi terhad itu secara lebih dekat bolehlah kunjungi cawangan C&C berhampiran anda.





























